- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Elaun Baru Untuk Guru Pedalaman

Must read

Kementerian Pelajaran bercadang dalam masa terdekat untuk menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh.


Elaun khas tersebut akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.Ia sebagai tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian bengkel tiga hari mengenai sekolah-sekolah kecil di Miri semalam.


Timbalan Menteri Pelajar Dr Mohd Puad Zarkashi merasmikan bengkel berjudul 'Strategi Pedagogi Bagi Meningkatkan Prestasi Sekolah-Sekolah Kecil' yang disertai oleh 36 peserta dari enam negara.


Pengenalan kategori elaun tambahan tersebut, jelas beliau ia dapat mengurangkan kadar pertukaran guru di sekolah kawasan pedalaman


Dalam perkara berkaitan, beliau turut berkata sebuah modul baru akan diperkenalkan tahun depan sebagai sebahagian daripada kurikulum untuk pelajar sekolah pedalaman bagi meningkatkan kemampuan pembelajaran mereka.


Selain itu,perkhidmatan sokongan khas termasuk penginapan, tuisyen percuma, program pemakanan tambahan serta bantuan kewangan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) akan diteruskan kepada pelajar sekolah pedalaman.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article