- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

Must read

Program Pembasmian Kemiskinan bandar (PPKB) merupakan satu program yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada bulan Jun 2006.


Bermula pada 1 Januari 2010 Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dipindahkan ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.


Justeru itu, pendaftaran terbuka menggunakan borang PPKB yang dipraktiskan sebelum ini tidak lagi digunapakai. Hanya mereka yang telah berdaftar melalui eKasih sahaja yang akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar.


Perlu diingatkan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar ini mensasarkan golongan Miskin dan Miskin tegar sahaja. Ia akan dinilai melalui pendapatan sesebuah isi rumah yang tinggal di bandar dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Terdapat beberapa bantuan PPKB yang telah digugurkan seperti:



1. Bantuan persiapan ke sekolah


2. Bantuan IPTA


3. Bantuan pengangkutan ke sekolah dan ke tempat kerja


4. Bantuan Dialisis


5.Bantuan Ihsan




Bantuan-bantuan PPKB bagi tahun 2010 pula adalah seperti;



1. Bantuan Sewa Rumah


2. Pembangunan Minda Insan


3. Latihan Kemahiran


4. Program Jana Pendapatan


5. Bantuan Peralatan Perniagaan dan Lesen Perniagaan


6. Peluang Pekerjaan


7. Bantuan Kesejahteraan Bandar




Seperti yang kita sedia maklum sejumlah RM2,061,120.00 juta telah pun diagihkan kepada para penerima yang benar-benar layak.

Manakala bagi mereka yang pernah mengemukakan borang permohonan PPKB dulu, adalah dinasihatkan untuk datang ke pejabat yang terletak di Pusat Galakan Perindustrian Dan Pameran Sarawak (SIPEC), Jln P. Ramlee 93400 Kuching bagi membuat semakan status permohonan masing-masing.


DBKU menyeru agar semua Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan Miskin mendaftar melalui eKasih. Ini adalah borang permohonan PPKB tidak lagi digunapakai. Manakala borang eKasih boleh didapati melalui Ketua-Ketua Kaum/Penghulu setempat atau rujuk pejabat Daerah Kuching.




Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article