- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hari Kesihatan Sedunia 2010

Must read

tekankan kepentingan kesihatan bandar




Hari Kesihatan Sedunia yang jatuh pada 7 April setiap tahun akan dirayakan di Bandaraya Kuching pada 11 April ini, seperti di tempat-tempat lain di seluruh dunia.


Tema perayaan pada tahun ini adalah “Pentingnya Kesihatan Bandar: 1000 Bandar raya, 1000 Kehidupan”, dan dipilih bagi menarik perhatian penduduk seluruh dunia mengenai perihal kesihatan bandar, di samping menyatu padukan usaha pihak kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta masyarakat perniagaan dan awam untuk meletakkan kesihatan sebagai perkara utama dalam polisi perbandaran.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan tema dan objektif perayaan Hari Kesihatan Sedunia, bergantung kepada isu-isu yang dianggap sebagai penting dan relevan, dan perlu ditangani oleh negara-negara anggota dan masyakarat antarabangsa bagi tahun berkenaan.


Kuching merupakan sebuah bandar raya yang amat bersesuaian untuk menjadi pusat sambutan Hari Kesihatan Sedunia, memandangkan ia adalah salah satu dari perintis dalam Projek Bandar Raya Sihat dan amat aktif penglibatannya dlam projek WHO itu.


Sasaran Kempen Hari Kesihatan Sedunia: 1000 Bandar raya, 100 Kehidupan pada kali ini adalah bagi memohon para pentadbir bandar raya-bandar raya di seluruh dunia untuk membuka sebahagian dari jalan-jalan mereka untuk kegunaan penduduk dan menutupnya dari digunakan kenderaan bermotor.


Para penduduk bandar raya-bandar raya tersebut akan dapat menggunakan kawasan-kawasan yang dibuka itu untuk mengadakan senaman fizikal, bertemu keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, menerima pemeriksaan kesihatan, menikmati makanan sihat tempatan dan mengunjungi tarikan pelawat setempat.


Pada 11 April ini, jalan-jalan terpilih di antara Tebingan Kuching sehingga Bulatan Padungan akan ditutup kepada kenderaan bermotor dari jam 7 pagi hingga 5 petang, dan akan digunakan oleh orang ramai.


Kawasan tersebut akan dibahagikan kepada empat zon, di mana banyak acara telah dirancang bagi sambutan hari berkenaan, termasuk program senaman, persembahan pentas, pameran produk-produk kesihatan, pemeriksaan kesihatan, jjualan makanan dan lain-lain.


Butir-butir mengenai acara-acara yang akan berlangsung pada Hari Kesihatan Sedunia di Kuching nanti telah diperjelaskan dalam satu sidang akhbar oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Zulkifli Jantan di pejabat beliau pada Isnin lalu.


Semasa sidang akhbar tersebut, Dr Zulkifli telah disertai oleh timbalan beliau, Dr. Jamilah Hashim serta epidermiologis perunding Hospital Umum Sarawak, Dr Andrew Kiyu.


Majlis pelancaran sambutan Hari Kesihatan Dunia 2010 peringkat Negeri Sarawak akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada pagi 11 April, bertempat di Medan Tebingan Kuching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article