- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Must read

Jabatan Ketua Menteri sasar pengurangan masa pemprosesan


Menjelang Disember tahun ini, proses, prosedur dan sistem pengurusan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) disasarkan untuk dipermudahkan secara nyata bagi menjamin sistem yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia di negeri ini.

Sasaran-sasaran yang dibuat oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) Jabatan Ketua Menteri Sarawak itu amat selaras dengan yang disenaraikan dalam Aktiviti-aktiviti Fokus Utama (Key Focus Activities – KFA) jabatan tersebut untuk tahun 2010, iaitu untuk mengubah sepenuhnya proses-proses, prosedur-prosedur and sistem pengurusan PANS bagi memastikan sistem pengambilan, penetapan, penugasan, penaikan pangkat dan pelepasan yang berkesan, efisyen dan teratur.


Ini dapat dicapai dengan memenuhi dua objektif utama yang ditetapkan, iaitu dengan mengenal pasti kesesakan utama aliran kerja dalam proses, prosedur dan sistem Pengurusan Sumber Manusia yang sedia ada, serta bersama-sama membangunkan serta menyampaikan penyelesaian-penyelesaian yang berimpak besar, membawa perubahan serta bersifat konkrit dalam menjamin sistem-sistem pengurusan berkaitan yang lebih cepat dan lancar.


Perkara ini telah ditekankan oleh Timbalan Pengarah UPSM, Malcolm Yong semasa HR Focal 1/2010 pada 24 Mac lalu.


Sebagai contoh, bagi proses perancangan tenaga manusia, dengan usaha-usaha perubahan akan membawa kepada penilaian dan perancangan keseluruhan, rasionalisasi dan penyelarasan Sumber Manusia dengan Pelan Perniagaan, pengurangan kekerapan penyampaian ad hoc kepada penyampaian tahunan menyeluruh, penawaran penjelasan rasional bagi penyampaian belanjawan tahunan sumber manusia, mengelakkan penggunaan sumber yang bertindih, adanya butir-butir yang boleh diharap serta penyertaan peranan dan tanggungjawab boleh dikurangkan masa pemprosesannya dari 156 minggu kepada tempoh baru yang disasarkan, iaitu 25 minggu sahaja.


Usaha-usaha yang melibatkan organisasi-organisasi seperti UPSM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-ketua Jabatan, akan menyaksikan pengurangan masa pemprosesan selama131 minggu, atau sebanyak 84 peratus.


Sesi pembentangan ringkasan Lab 2010 UPSM telah diadakan pada 18 hingga 21 Februari lalu, dihadiri oleh Ketua Lab merangkap Pengarah UPSM, Datu Haji Misnu Haji Taha dan dipengerusikan oleh Malcolm Yong, dan ia telah membincangkan objektif-objektifnya, konsep/hipotesis bagi menangani isu-isu yang menyumbang kepada KFA, penyelesaian transformasi masing-masing, strategi pelaksanaan dan tempohnya dan kos projek-projek berkaitan.


Hasil-hasil yang diperolehi kemudiannya telah dikumpul dan diserahkan kepada Urusetia KFA negeri dan juga kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet Negeri sekali lagi pada 31 Mac.


Sebelum itu, UPSM telah menyenaraikan KFA mereka, seperti juga lain-lain jabatan dan kementerian di negeri ini pada 26 Januari, dan telah dibentangkan untuk kali pertama kepada Kabinet Negeri Sarawak.


Pasukan Penyelesai atau LAB ditubuhkan pada 5 Januari, dan setiap pasukan telah beroperasi, berkumpul serta berunding bermula pada hari berikutnya, sehingga 30 Mac.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article