- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Asuhan pendidikan berkualiti

Must read

untuk anak-anak penjawat awam di Taska PANS


Tidak lama lagi, para penjawat awam di kawasan ‘segi tiga’ Wisma Bapa Malaysia, Bangunan Baitulmakmur, Menara PELITA, Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Wisma Sumber Alam, di Petra Jaya boleh bertugas dengan fikiran yang tenang apabila terdapatnya taman asuhan untuk anak-anak mereka berdekatan.

Buat masa ini, dua lokasi berpotensi bagi Taska Permata Negara PANS sudah dikenal pasti, iaitu di Bangunan Lapau dan juga sebuah lagi yang akan dibina di sebuah tapak berdekatan Wisma Bapa Malaysia.


Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah hari ini telah membuat satu lawatan ke kedua-dua lokasi tersebut.


Kata Datin Fatimah Abdullah, dengan adanya taska itu nanti ia akan menawarkan peluang bagi anak-anak para penjawat awam yang berusia empat tahun ke bawah yang bekerja di kawasan berkenaan dibimbing dan dijaga di taman asuhan.


“Kita sangat menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja, memandangkan semakin hari semakin ramai ibu bapa bekerja dan mereka memerlukan tempat anak-anak mereka dijaga semasa mereka bekerja,” kata Datin Hajah Fatimah dalam satu sidang media.


Akan tetapi, beliau juga menekankan agar taman asuhan itu mempunyai tahap asuhan yang berkualiti, bukan sahaja menawarkan tempat bagi anak-anak para penjawat awam.


Pada tahun lalu, Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (MPSU) telah mengadakan satu kajian berkaitan keperluan sebuah taska di kawasan ‘segi tiga’ yang dinyatakan, dan hasilnya telah mendapati sememangnya terdapat keperluan bagi kemudahan tersebut.


Beliau juga memberitahu satu kajian/soal selidik tentang keperluan berkenaan telah diadakan, melibatkan 52 penjawat awam di Wisma Bapa Malaysia, Menara Pelita, Bangunan Baitulmakmur dan Wisma Sumber Alam dari pelbagai gred jawatan pada bulan Mac lalu, dan telah mendapati mereka ingin menempatkan 63 orang anak-anak berusia 4 tahun ke bawah di Taska PANS yang bakal ditubuhkan itu.


Datin Hajah Fatimah berkata juga lawatan hari ini adalah bagi melihat aspek keselamatan dan keselesaan, dan juga kemungkinan Bangunan Lapau digunakan sebagai lokasi taska tersebut.


“Bagi tapak yang satu lagi, yang berdekatan Wisma Bapa Malaysia, ia akan dipertimbangkan oleh Kabinet,” beliau menjelaskan.


Antara yang turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Pengarah Unit Perancangan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Noriah Haji Ahmad.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article