Bawa Maklumat Ke Pedalaman Kapit
Pegawai Daerah, Galong Luang menyatakan kegembiraannya melihat jabatan-jabatan kerajaan di daerah ini yang turut serta membuka kaunter pejabat masing-masing di Rumah Jarop sempena dengan Program Info Bestari dan Sepakat Bestari yang diadakan selama dua (2) hari di Song baru-baru ini.
Program anjuran bersama oleh Komuniti Bestari Rumah Jarop dan Komuniti Bestari, Rumah Sumping, Jabatan Penerangan Daerah Song serta pejabat KEMAS Daerah Song, Kapit.
Melalui program seumpama itu, mereka dapat membantu menjelaskan dengan lebih mendalam kepada penduduk-penduduk tentang cara-cara untuk memohon kad pengenalan dan hal-hal lain berkaitan dengan urusan kerajaan seperti mendaftar sebagai pengundi dan memohon e-kasih.
“Saya lihat tujuan Program Sepakat Bestari ini amat baik dan tepat pada waktunya kerana kita dapat ilmu pengetahuan yang dibawa datang ke rumah panjang tidak seperti zaman dahulu,”kata beliau.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) juga turut membuka kaunter bergerak lengkap dengan kemudahan internet dengan banyak maklumat diperolehi dari internet yang dapat dikongsi bersama terutama bagi yang kurang mahir dan tidak pandai membaca, ujar beliau.
Galong Luang juga menyeru ibu-bapa supaya anak-anak mereka pergi ke sekolah supaya mendapat pengetahuan yang luas seterusnya mengubah kehidupan mereka pada masa hadapan.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penerangan kerana aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama lebih-lebih lagi ke kawasan pedalaman serta menjadikan Komuniti Bestari sebagai platform agen perubahan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah ahli-ahli Komuniti Bestari dari Sungai Asap ; Belaga, Pekan Belaga, Nanga Entuat ; Song, Nanga Sepadi ; Song, Nanga Yong ; Kapit, Nanga Entaroh ; Kapit, Taman Indah ; Kapit dan Nanga Melekun ; Kapit.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote