- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak, negeri ketiga pelaburan tertinggi dana unit amanah PNB

Must read

Sarawak mencatatkan angka 11.07 bilion unit amanah saham yang telah dilanggan oleh 956,423 rakyat negeri tersebut sekaligus merupakan pelaburan ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor. Angka tersebut yang diperolehi setakat Mac 2010 adalah merupakan 10 peratus daripada jumlah nasional.
Demikian menurut YBhg Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Pengerusi PNB pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 yang diadakan di perkarangan Padang Letak Kereta, Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Dari segi jumlah pelabur, menurut beliau ianya merupakan 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelabur dan merupakan negeri kelima teramai.

Jelas beliau lagi, Sarawak merupakan lokasi penting bagi kebanyakan syarikat Kumpulan PNB. Maybank (PNB miliki 55.75 peratus ekuiti) mempunyai rangkaian 23 cawangan dengan 8 cawangan di sekitar bandaraya Kuching. Sime Darby (PNB miliki 52.37 peratus ekuiti) memiliki 48,250 hektar tanah kelapa sawit menerusi 17 estetnya.

UMW (PNB miliki 53.20 peratus ekuiti) mempunyai Sembilan pusat jualan dan lima (5) pusat servis kenderaan Toyota. MNRB Holding Berhad (PNB miliki 71.78 peratus ekuiti) dan anak syarikatnya Takaful Ikhlas mempunyai satu pejabat wilayah dan 15 agensi takaful.

Salah satunya melabur dalam kawasan Koridor Sarawak iaitu Syarikat Chemical Company of Malaysia (PNB miliki 68.23 peratus ekuiti) telah melabur sebanyak RM50 juta untuk pembinaan sebuah kilang baja di Bintulu.
Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 (MSAM 2010) di Kuching, Sarawak pada kali ini yang bertemakan “Pemangkin Pelaburan 1Malaysia” telah menerima sokongan padu daripada peserta-peserta pameran yang terdiri daripada syarikat-syarikat pelaburan PNB, badan kawal selia dan agensi-agensi kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article