- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Timbalan Perdana Menteri lancar MSAM 2010 hari ini

Must read

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang kesebelas anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yaasin di sini.


MSAM 2010 yang diadakan di Padang Letak Kereta, Wisma Bapa Malaysia turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian/Pelancongan dan Warisan Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam mewakili Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman.


Program yang berlangsung selama seminggu bermula 20 April hingga 26 April ini disertai oleh 50 peserta pameran yang terdiri daripada syarikat-syarikat subsidiari dan syarikat pelaburan PNB, badan kawal selia, agensi-agensi kerajaan, ejen-ejen ASNB, syarikat-syarikat  dari Sarawak dan pihak media.


Usaha pendidikan pelaburan PNB ini sekali lagi mendapat sokongan padu 13 Rakan-rakan MSAM. Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn. Bhd. dan UMW Holdings Berhad bertindak sebagai Rakan Premier.


Rakan MSAM adalah MMC Corporation Berhad, sementara Rakan Teknologi dan Rakan Program Keagamaan diwakili oleh Pernec Corporation Berhad dan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Tan Sri Ahmad Sarji dalam ucapannya berkata, dalam tempoh 10 tahun ini, PNB telah memperkukuhkan jenama atau ‘brand’nya menerusi MSAM.


“Dana unit amanah yang diurus oleh unit amanah yang diurus oleh PNB, pada bulan Mac 2010 ialah 110.04 bilion unit.”


“Kini jumlah pemegang unit akaun telah meningkat kepada 10.08 juta”, katanya.


Menurut beliau lagi, sehingga bulan Mac 2010, 11.07 bilion unit amanah telah dilanggan oleh 956,423 rakyat negeri Sarawak. Angka 11.07 bilion unit ini merupakan kira-kira  10 peratus dari jumlah nasional dan merupakan pelaburan ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor.


MSAM menyediakan pameran dan pelbagai aktiviti seperti Taklimat Perancangan Kewangan Berkumpulan Seminar Khas Kewangan Simposium Keusahawanan, Forum Perdana, Program Ikon Inspirasi, Program Mewarna Bersama Along, e-Peraduan dan program hibur didik berteraskan pelaburan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.


Para pengunjung MSAM berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hadiah utama sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah Perodua ALZA.


Hadiah lain seperti 20 unit motosikal modenas, unit-unit LCD 42 inci dan 32 inci, unit-unit LCD 42 inci dan 32 inci, notebook, baucer-baucer pelancongan, barangan elektrik dan sebagainya.


MSAM adalah acara pendidikan pelaburan PNB yang dianjurkan sejak tahun 2000 telah menarik 2 juta orang yang berkunjung ke pameran mahupun yang menyertai aktiviti-aktiviti di bawah MSAM.


MSAM 2000 yang dianjurkan di PWTC, Kuala Lumpur, 2001 di Kota Bharu, Kelantan; 2002 di Alor Star, Kedah; 2003 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 2004 di Kepala Batas, Pulau Pinang; 2005 di Seremban. Negeri Sembilan, 2006 di Kuala Terengganu, Terengganu; 2007 di Kuantan, Pahang; 2008 di Ayer Keroh, Melaka; dan 2009 di Johor Bahru, Johor.


MSAM 2010 dibuka untuk orang ramai mulai 20 April hingga 26 April, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali 26 April hingga 2.00 petang. MSAM menyediakan pengangkutan van dan bas percuma di lokasi-lokasi tumpuan sekitar Kuching, Sarawak dan ‘teksi sungai’ dari Jeti Khatulistiwa ke Jeti Kampung Boyan untuk ke Wisma Bapa Malaysia. Kemasukan dan penyertaan dalam aktiviti MSAM adalah percuma.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article