- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak 2009 dan

Must read

Persidangan Perkhidmatan Awam 2010 akan diadakan pada 5 Mei 2010

 
Majlis Anugerah Kualiti Ketua Menteri (AKKMS) 2009 akan diadakan pada 5 Mei 2010. Serentak dengan itu, Persidangan Perkhidmatan Awam 2010 akan diadakan pada sebelah petangnya   dan disambung pada hari berikutnya.


 
Kedua-dua majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 5 Mei 2010. Perkara ini diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani ketika Sidang Media berhubung majlis tersebut pada 27 April 2010.

Beliau turut menjelaskan bahawa penyertaan agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam anugerah kali  ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 144 buah agensi  berbanding hanya 70 buah agensi tahun lepas.

Ia adalah peningkatan 100 peratus yang menunjukkan usaha untuk membawa lebih banyak agensi kerajaan memahami  penambahbaikan dari segi kualiti tercapai.

Seperti tahun lepas, kali ini lima kategori  yang dipertandingkan ialah kategori negeri, pejabat residen, pejabat cawangan, pejabat daerah dan kategori  pihak berkuasa tempatan.

Bagi anugerah peringkat negeri, tiga anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Kualiti Setiausaha Persekutuan, Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri dan paling utama, Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak. Para pemenang (agensi kerajaan negeri dan persekutuan) yang telah berjaya melaksanakan penambahbaikan dari segi kualiti perkhidmatan akan diumumkan pada hari tersebut.


Objektif penganjuran AKKMS 2009 adalah untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam, memberikan pengiktirafan kepada agensi-agensi yang menunjukkan pemahaman mendalam tentang pengurusan dan peningkatan kualiti serta telah mencapai tahap unggul kepimpinan kualiti.

Ia turut mengalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi kerajaan ke arah memperbaiki amalan pengurusan kualiti terbaik, di samping member manfaat kepada agensi untuk menilai tahap kecemerlangan masing-masing serta mengenapasti kekuatan dan kelemahan untuk dilakukan penambahbaikan secara berterusan.

Hadir sama ketika Sidang Media tersebut, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Md Yahya Basimin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), YBhg Datu Abdul Ghafur Sharif.
 

Berkaitan dengan Persidangan Perkhidmatan Awam pula, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri kali ini lebih memfokuskan kepada tema “Perkhidmatan Awam yang Inovatif dan Kreatif :Menanda –aras Amalan-Amalan Bertaraf Dunia”.

Melalui persidangan ini, kita akan berbincang mengenai inisiatif, merangka strategi dan program terkini berkaitan dengan perakaunan am, kewangan, kemahiran dalam perundingan antarabangsa, pemikiran inovatif serta integrasi nilai.
 
Ia akan menghimpunkan lima (5) pembentang terkemuka dengan beberapa tajuk perkembangan terkini dalam perkhidmatan awam seperti Government Transformation Programme (GTP) and Sarawak Corridor For Renewable Energy : Transforming The Public Sector To Deliver Results And Innovative Impacts) oleh Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin,  New Economic  Model : Public Sector Responses And Approaches In Supporting The Government Initiatives To Leap-Frog Malaysia To A High-Income Economy oleh Profesor Normah bt Mansor.


 
Ia turut mengenalpasti penglibatan masyarakat melalui tajuk pembentangan Enhancing Citizens Engagement  : Comparative Public Sector Responses In Addressing Global Government Issues oleh Mr James George (UNDP)
 

Lain-lain tajuk pembentangan adalah Innovation And Creativity : Transformative Issues And Challenges For The Public Sector (Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dan The Changing Roles of Public Financial Management : World-Class Budgetary Practices And Its Challenges (Ybhg Dato Dr Mahani Zainal Abidin.

Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Sidek Hassan dijangka merasmikan penutupan Persidangan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, kedua majlis tersebut cukup signifikan mengambarkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan usaha penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

 
 
Info Ringkas :
 
Tema Persidangan Perkhidmatan Awam 2010
"Perkhidmatan Awam yang Inovatif dan Kreatif : Menanda-aras Amalan-Amalan Bertaraf Dunia"
 

Antara objektif penganjuran Persidangan Perkhidmatan Awam 2010 ialah

  • Mempelajari secara berterusan amalan-amalan dan cabaran-cabaran pengurusan awam terkini yang bertaraf dunia
  • Berbincang mengenai inisiatif-inisiatif, strategi-strategi dan program-program masa kini berkaitan dengan perakauana am dan kewangan, kemahiran dalam perundingan antarabangsa, pemikiran inovatif,serta integrasi nilai
  • Berkongsi penjanaan dan percambahan idea antara organisasi kea rah penyampaian perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan
  • Merangka strategi dan melaksanakan amalan-amalan perkhidmatan awam bertaraf dunia dalam organisasi

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article