- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kelima Koridor Pembangunan Wilayah Berjalan Lancar

Must read

dengan SCORE mencatatkan pelaburan tertinggi



Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) menerima pelaburan sebanyak RM87 bilion sekaligus mencatatkan pelaburan tertinggi berbanding empat  Koridor Pembangunan Wilayah yang lain di negara ini.


Perkara ini dimaklumkan Penasihat Pembangunan Koridor, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya para wartawan mengenai perkembangan pelaksanaan Koridor setakat ini. Beliau turut berkata dia berpuashati secara keseluruhannya pelaksanaan kelima-lima koridor tersebut.


Beliau turut mengucapkan syabas kepada Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang memberikan perhatian serius terhadap pembangunan SCORE yang bakal mentransformasikan ekonomi daripada berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.


Mengulas lebih lanjut mengenai jumlah pelaburan yang diterima bagi menjayakan kelima-lima koridor berkenaan ialah sebanyak RM244.3 bilion.


Kelima-lima koridor tersebut yang juga dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( RMK9) ialah SCORE, Pembangunan Wilayah Iskandar (Iskandar), Pembangunan Koridor Utara (NCER), Koridor Pantai Timur (ECER) dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC).


Manakala mengenai status pelaksanaan pembangunan koridor pula, prestasi pelaksanaan pada fasa pertama penghujung RMK9 ialah sebanyak 75 peratus.


Katanya, baki 25 peratus lagi diharap dapat dilaksanakan dalam RMK 10. Beliau seterusnya menambah bahawa dianggarkan kira-kira RM600 ke RM700 juta diperlukan oleh kerajaan bagi menjayakan kesemua koridor tersebut.


Bagi memastikan kelancaran projek tersebut, kerajaan telah menyediakan Tabung Kemudahan sejumlah RM2 bilion untuk mengerakkan penyediaan awal prasarana dan kemudahan untuk koridor yang memerlukannya.


Beliau yakin pembangunan koridor tersebut boleh dijana dengan pelaburan daripada pihak swasta dari luar negara dengan minimumnya penglibatan kerajaan.


Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat dan Taklimat Status Pelaksanaan Program / Projek Pembangunan di Bawah Lima Koridor Pertumbuhan dan Perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) di Kuching.


Mesyuarat tersebut adalah kali kedua diadakan semenjak beliau  mengambil jawatan sebagai penasihat bagi pembangunan koridor.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article