- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Bandaraya Miri, Johan AKKM 2009

Must read


(Anugerah Kualiti Ketua Menteri 2009)

Majlis Bandaraya Miri (MBM) melakarkan satu kejayaan istimewa bagi agensi berkenaan apabila diumumkan sebagai Johan Anugerah Kualiti Ketua Menteri 2009 dengan penyampaian anugerah berprestij tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.


Kemenangan tersebut juga telah melayakkan MBM membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta sijil dan trofi.


Anugerah tersebut adalah salah satu daripada tiga (3) anugerah utama dalam kategori negeri, selain itu bagi Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA, Sarawak manakala Anugerah Kualiti Setiausaha Persekutuan Sarawak pula dimenangi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kuching.


Bagi anugerah kategori Pejabat Residen, johannya adalah Pejabat Residen Betong, manakala tempat kedua, Pejabat Residen Sarikei dan ketiga, Pejabat Residen Sibu.


Pengiktirafan turut diberikan pada peringkat cawangan dengan Pejabat Pergigian Miri, menjadi johan,kategori pejabat cawangan diikuti tempat kedua Pejabat Tanah dan Survei, Bahagian Limbang dan seterusnya ketiga, Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.


Pada peringkat daerah pula, Pejabat Daerah Serian, mendapat tempat pertama bagi kategori Pejabat Daerah manakala kedua (Pejabat Daerah Lundu) dan ketiga (Pejabat Daerah Bintulu).


Sementara itu, Majlis Daerah Saratok telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan, diikuti tempat kedua (Majlis Daerah Sarikei) dan tempat ketiga (Majlis Daerah Betong).


Kesemua pemenang utama (tempat pertama) bagi kategori tersebut membawa pulang wang tunai RM2,000, beserta sijil dan trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta sijil.


Pada kali ini, Anugerah Pengamal Kualiti turut disampaikan kepada tujuh (7) agensi dan jabatan kerajaan antaranya Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak, Majlis Perbandaran Sibu, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Perbadanan Urusan Kejuruteraan Limbungan Brooke, Tabung Baitulmal Sarawak, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.


Selain itu, bagi Kaunter Terbaik, empat (4) penerimanya antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sarawak, Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dan Majlis Perbandaran Sibu.


Pada majlis yang sama, turut disampaikan Sijil Merit kepada empat (4) penerima iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, Pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Kuching dan Majlis Daerah Kanowit.



Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) 2009, Majlis Bandaraya Miri



Pemenang Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.



Pemenang Anugerah Kualiti Setiausaha Persekutuan Sarawak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja , Kuching.



Pemenang Tempat Pertama Kategori Pejabat Residen, Pejabat Residen Betong.



Pemenang Tempat Kedua Kategori Pejabat Residen, Pejabat Residen Sarikei.



Pemenang Tempat Ketiga Kategori Pejabat Residen, Pejabat Residen Sibu.



Pemenang Tempat Pertama Kategori Pejabat Cawangan, Pejabat Pergigian Miri.



Pemenang Tempat Kedua Kategori Pejabat Cawangan, Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Limbang.



Pemenang Tempat Ketiga Kategori Pejabat Cawangan, Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.



Pemenang Tempat Pertama Kategori Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Serian.



Pemenang Tempat Kedua Kategori Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Lundu.



Pemenang Tempat Ketiga Kategori Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Bintulu.



Pemenang Tempat Pertama Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Saratok.



Pemenang Tempat Kedua Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Sarikei.



Pemenang Tempat Ketiga Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article