- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SIMU beri penekanan kepada KFA, kerja berpasukan

Must read

untuk bantu tingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) yang mempunyai fungsi utama memantau projek-projek pembangunan di negeri ini telah mengambil banyak langkah-langkah penambahbaikan dari segi kaedah yang digunapakai ia dalam usaha untuk menambah kecekapan dan keberkesanan fungsinya, terutama melalui pendekatan-pendekatan daya inovasi dan kreativiti.

Ini merupakan salah satu dari persediaan unit berkenaan demi untuk menyahut cabaran dan saranan dari Perdana Menteri agar menjadi lebih berinovasi dan kreatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

SIMU telah mengambil beberapa langkah penting seperti mewujudkan KRA (Key Result Area) dan KPI (Key Performance Indicator) untuk melaksanakan fungsi-fungsi utamanya, dan untuk memastikan pencapaian keduanya, SIMU juga telah merangka beberapa tindakan strategik yang perlu diambil serta menetapkan hasil-hasil yang perlu dicapai mereka.

Dua dari pendekatan SIMU adalah Sarawak Monitor dan Sistem Pemantauan Projek Kecil Luar Bandar (MRPMS).

Sistem Sarawak Monitor adalah satu sistem dalam talian (online system) yang digunakan oleh agensi-agensi pelaksana bagi mengemaskini prestasi fizikal projek mereka, dan data yang ada pada sistem tersebut digunakan oleh SIMU untuk tujuan pemantauan pada pihak mereka.

Sebelum adanya Sarawak Monitor yang diperkenalkan pada tahun 2006, terdapat “Development Project Monitoring System” yang telah digunakan untuk tujuan tersebut, namun ianya tidak berintegrasi dengan sistem kewangan.

Sebagai perbandingannya, Sarawak Monitor kini berintegrasi dengan Sistem SIFBAS atau “State Integrated Finance and Budgeting Account System”, yang membolehkan semua maklumat kewangan projek-projek pembangunan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak dapat dikemaskini secara automatik dalam sistem tersebut.

MRPMS yang juga merupakan satu sistem dalam talian pula digunakan SIMU yang juga merupakan Pemegang Waran bagi Peruntukan Projek-projek Kecil Luar Bandar untuk Kerajaan Negeri dengan tujuan memproses permohonan-permohonan projek-projek kecil luar bandar (Minor Ruraql Projects – MRP) dari Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dengan menggunakan sistem itu, pihak-pihak agensi pelaksana dapat mengemaskini secara dalam talian maklumat prestasi kewangan dan fizikal projek-projek kecil luar bandar yang dilaksanakan mereka bagi diakses oleh SIMU dan agensi-agensi berkenaan sendiri.

Untuk membantu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, SIMU memberikan penekanan kepada KFA (Key Focus Activity) dan kerja keras pasukan KFAnya, yang merupakan kesinambungan usaha penambahbaikan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ke arah Budaya Kerja High Performance Teams (Kumpulan-kumpulan Berprestasi Tinggi), Excellent Service Delivery (Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang) dan Common Shared Values (Nilai-nilai Dikongsi Bersama).

Bagi SIMU, KFA yang telah dikenalpasti untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan adalah ‘untuk mempertingkatkan dan mentransformasi kerangka kerja pemantauan melalui kerjasama dan penambahbaikan prosedur serta kaedah pemantauan’.

Menerusi KFA berkenaan, SIMU mensasarkan untuk menambah kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sistem serta kaedah pemantauan, proses dan prosedur kerja di peringkat Negeri dan nasional, serta mempertingkatkan dan mendekatkan lagi hubungan dan kerjasama di kalangan agensi-agensi kedua peringkat.

Seperti juga unit-unit lain dalam Jabatan Ketua Menteri Sarawak, SIMU juga berusaha sedaya upaya untuk memenuhi semua kritera diperlukan bagi mencapai Tahap Penarafan Bintang, antaranya mewujudkan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Persijilan 5S serta melaksanakan penarafan ISO 9001:2008.

Di samping itu, ia juga mengkaji semua pelan strategik SIMU dan Piagam Pelanggannya, yang mana pemantauan terhadap pencapaian piagam tersebut dilaksanakan dari semasa ke semasa.

SIMU, biarpun berfungsi sebagai sebuah agensi yang secara amnya memantau projek-projek pembangunan, tetap memainkan peranan sebagai urusetia dalam pelaksanaan beberapa program yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Ketua Menteri.

Antara tanggungjawab yang telah dipikul oleh SIMU termasuklah sebagai urusetia Pameran Pembangunan 45 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia (tahun 2008 hingga 2009), urusetia Pameran SCORE (tahun 2008) dan sebagai urusetia jawatankuasa promosi untuk Minggu Tenaga Antarabangsa 2009.

SIMU juga telah diberikan kepercayaan untuk menjadi urusetia pameran sempena Program Senada Sejiwa anjuran Kerajaan Negeri Sarawak yang akan berlangsung di seluruh negeri Sarawak selama setahun bermula bulan Jun tahun ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article