- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sambutan Minggu Perpaduan

Must read

Peringkat Negeri Sarawak 2010 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Dengan Kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu

Sambutan Minggu Perpaduan 2010 Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen  Bahagian Sibu akan diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2010 bertempat di Bahagian Sibu, Sarawak. Program ini merupakan program tahunan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Malaysia.

Diantara pengisian program sambutan ini adalah seperti berikut:

1. Majlis Pelancaran sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri

  • Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri akan diadakan pada 14 Mei 2010 bertempat di Dewan Suarah, Sibu pada jam 8.00 malam.
  • Seramai 1000 orang dijangka hadir dalam Majlis tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli Rukun Tetangga, Guru/Penolong Guru Tabika Perpaduan, Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan lapisan masyarakat setempat.
  • Tetamu kehormat yang dijangka hadir untuk merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri 2010 ialah YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Turut dijangka hadir ialah Y.B Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Pada majlis Sambutan ini seramai 7 penerima Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Negeri Sarawak akan menerima anugerah dan 9 buah Kelas Tabika Perpaduan akan menerima Anugerah Pengurusan Tabika Perpaduan cemerlang. Selain itu Anugerah Kalung Perpaduan akan diberikan kepada anggota masyarakat yang telah berjasa kepada masyarakat.


2. Seminar Jiran Wanita dan Seminar Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan

  • Seminar ini akan diadakan di Kingwood Hotel Sibu pada 15 Mei 2010 dan melibatkan seramai 520 orang peserta dan sebanyak 5 kertas kerja akan disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan. Seminar Jiran Wanita ini akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Dr. Soon Choon Teck, Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar.


3. Karnival Perpaduan

  • Karnival ini akan diadakan pada 15 Mei 2010 di Dataran Sibu bermula dengan Senam Seni 1 Malaysia jam 7.00 pagi. Pelbagai pengisian program sempena Karnival Perpaduan akan diadakan seperti Gerai Pameran Rukun Tetangga daripada 11 Bahagian, Gerai Jualan, Pertandingan Autoshow, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Masakan, Pertandingan Kek Lapis Sarawak, Pertandingan Pakaian Tradisional, Seminar Jiran Wanita, Seminar Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan dan Sibu Unity Explorace. Pertandingan ini terbuka kepada semua penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Perpaduan Bahagian Sibu.
  • Karnival ini dijangka akan dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Y.B. Datuk Tiong Thai King, Ahli Parlimen P.211 Lanang.
  • Semua lapisan masyarakat di Bahagian Sibu di jemput hadir ke Karnival ini.


4. Malam Seni Jiran Muda

  • Sebanyak 11 persembahan Jiran Muda Rukun Tetangga dari 11 Bahagian akan dipersembahkan pada 15 Mei 2010 bermula jam 7.00 malam. Majlis ini juga turut diserikan dengan artis jemputan.
  • Semua lapisan masyarakat di Bahagian Sibu turut dijemput hadir bagi menyaksikan Malam Seni Jiran Muda yang akan diadakan di Pentas Dataran Sibu.


Diantara Objektif Sambutan Minggu Perpaduan ini adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang betapa pentingnya Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan stabil;
  • Menyemarakkan semangat patriotic, ketaatan dan perasaan cintakan negara serta membentuk warganegara yang bertanggungjawab berwawasan, bermoral tinggi, bermaruah dan mempunyai jati diri yang unggul;
  • Membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai kaum supaya menjadikan elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi mereka dengan berlandaskan kepada semangat hormat menghormati, bekerjasama, bermuafakat serta bertoleransi dan
  • Menyediakan ruang, peluang serta suasana yang merangsang masyarakat berinteraksi dalam program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang Sambutan Minggu Perpaduan.
Semua lapisan masyarakat setempat di Bahagian Sibu dan Bahagian yang berdekatan adalah dijemput hadir untuk menyaksikan Karnival Perpaduan dan malam Seni Jiran Muda pada 15 Mei 2010 bertempat di Dataran Sibu.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article