- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Bantuan Kesejahteraan Bandar

Must read

Golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sibu, Sarawak



Seramai 150 orang golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar di bawah sistem eKasih dan senarai yang dikenalpasti layak oleh Majlis Perbandaran Sibu, Sarawak pada hari ini akan menerima Bantuan Kesejateraan Bandar dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Y.B Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar

Majlis yang berlangsung di Kampung Bandung, Sibu turut dihadiri Ybhg Datuk Yusuf Mahal, Ahli Parlimen Labuan, Ybhg Dato'Hj Ahmad Phesal Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, En.Hii Chang Kee, Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu.

Program Bantuan Kesejahteraan Bandar bertujuan untuk membantu meringankan beban tanggungan keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar.

Bantuan berbentuk bantuan kewangan terhad ini disalurkan kepada keluarga-keluarga miskin di bandar yang memerlukan bantuan segera seperti perubatan dan mereka yang ditimpa bencana alam sehingga menjejaskan kehidupan harian keluarga.

Keprihatinan kerajaan untuk membantu segera sementara menunggu bantuan sewajarnya daripada agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab mendorong Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) menyalurkan Bantuan Kesejahteraan Bandar kepada golongan sasar yang memerlukan.


Bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, program pada hari ini juga dilaksanakan sebagai salah satu usaha KWPKB untuk merealisasikan pelaksanaan strategi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) iaitu untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar. Usaha kerajaan ini adalah berterusan bagi memastikan segala yang direncanakan mencapai matlamat asal iaitu membasmi kemiskinan secara keseluruhannya.

Bagi negeri Sarawak secara keseluruhannya, bilangan keluarga miskin bandar yang berdaftar di bawah eKasih menunjukkan terdapatnya peningkatan golongan miskin tegar dan miskin bagi tempoh tiga (3) bulan pertama tahun ini




















Kategori







10 Januari 2010

1 Mac 2010





15 April 2010

Miskin Tegar








427

420

425

Miskin

1,110


1,115


1,130





Mulai tahun ini, KWPKB akan memberi fokus kepada program-program pembangunan minda insan (motivasi), program-program latihan kemahiran, jana pendapatan dan peluang pekerjaan yang boleh membawa perubahan sikap dan minda positif kepada golongan sasar dan supaya berkeyakinan untuk membuat perubahan demi masa depan dan seterusnya berusaha untuk membaiki taraf hidup dan menambah pendapatan keluarga untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article