- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Raikan program kejiranan mesra

Must read

yang ke-21 bersama DBKU


Bagi mempertahankan budaya dan nilai hidup bermasyarakat dikalangan wargakota Kuching, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang menganjurkan program Kejiranan Mesra yang ke-21 di Kampung Malaysia Jaya pada 29 Mei 2010 (Sabtu) nanti. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan yang erat antara penduduk kampun/taman. Melalui hubungan yang erat ini, konsep berganding bahu dan bertanggungjawab akan dapat diserapkan dalam budaya dan cara hidup wargakota Kuching. Sebanyak 20 buah penempatan yang telah dilancarkan program ini mempunyai hubungan yang sangat erat dengan DBKU dan juga agensi kerajaan lain. Hal ini sekaligus memudahkan pihak kerajaan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan setempat kerana mempunyai satu pusat saluran bagi menyampaikan hasrat kerajaan menerusi Jawatankuasa Kejiranan Mesra. Senario sebegini mampu melahirkan kerajaan yang telus dan masyarakat yang berfikiran terbuka dan sekaligus dapat mewujudkan sebuah bandaraya yang selesa, aman dan selamat.


Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan iaitu persembahan silat, pertandingan tarik tali dan pameran dari agensi kerajaan serta DBKU.


Oleh yang demikian, wargakota Kuching dijemput hadir ke Kampung Malaysia Jaya pada 29 Mei 2010 untuk bersama-sama meraikan dan memeriahkan lagi program Kejiranan Mesra yang ke-21 itu nanti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article