- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Dua (2) sasaran KFA Pertingkatkan

Must read


Pengurusan Projek

 

Biarpun sebuah organisasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan tidak melihat ia suatu halangan besar terutama dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya serta pengurusan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke10.

 

Malah pengenalan pendekatan KFA (Key Focus Area) yang diperkenalkan perkhidmatan awam negeri, membolehkan jabatan mengenalpasti dan mengkaji  serta memperkemaskan prosedur-prosedur sedia ada terutama membabitkan perkhidmatan kepada rakyat.


Setakat ini, kedua-dua kumpulan sedang dalam proses melaksanakan cadangan-cadangan strategi tindakan dan pendekatan seperti yang telah dibentangkan di “makmal” pengurusan.


Perkara ini dijelaskan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Encik Lau Hieng Ung ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai inisiatif terbaru KFA jabatan berkenaan.


Secara ringkasnya, fokus yang diberikan kepada KFA jabatan ini adalah memastikan pengurusan projek yang secara lebih berkesan dan mewujudkan lebih banyak kesedaran rakyat mengenai projek (pembetungan bersepadu).

Dua (2) misi atau sasaran KFA jabatan ini adalah pertama,


KFA 1



  • Untuk membangunkan sistem pengurusan projek yang efektif bagi memastikan projek sistem pembuangan sisa pepejal yang berada di bawah RMK9 dan RMK 10 siap tepat pada waktu nya.

KFA 2




  • Untuk membentuk strategi perhubungan awam yang berkesan dalam rangka untuk menimbulkan kesedaran masyarakat serta mencari dan mendapatkan penerimaan daripada para pemilik hartanah yang berjumlah 2,833 sebelum memulakan projek. Ini adalah untuk  memudahkan dan melancarkan pelaksanaan projek sistem pembuangan sisa yang berpusat Kuching.


KFA mula diperkenalkan kepada setiap agensi, jabatan, kementerian dalam perkhidmatan awam negeri  pada awal tahun ini dalam inisiatif terbaru ataupun pendekatan tambahan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan, disamping proses kerja yang sedia ada.


Ketika ditanya adakah inisiatif kualiti dan inovasi dilaksanakan di jabatan berkenaan yang baru 3 tahun diwujudkan, jelas Encik Lau Hieng lagi  ia telah mengambil langkah pertama sejak daripada penubuhannya dengan  menubuhkan “Quality Initiative Committee” (QIC) yang berperanan untuk melaksanakan setiap inisiatif kualiti di peringkat jabatan.


Dibawah QIC tersebut, terdapat lagi beberapa “Working Committes” yang dipertanggungjawabkan ke atas beberapa program kualiti yang dilaksanakan seperti Perancangan Strategik, Anugerah Kualiti, Program 5 S, Program QIT (Quality Improvement Team), ISO dan OHSAS.


Pada masa yang sama, jabatan berkenaan sentiasa mengalakkan semua peringkat pegawai untuk menyumbang idea  yang sehingga kini sumbangan idea lebih menjurus  kepada usaha penambahbaikan sistem dan prosedur kerja.


Manakala mengenai Kumpulan Inovasi dan Kualiti (KIK), jabatan tersebut telah menubuhkan KIK pada 24 Mac 2010 yang melibatkan 9 orang anggota termasuk pegawai dan pelatih-pelatih di bawah Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (LPKS) yang memfokuskan kepada mengkaji punca dan penyelesaian kepada masalah berhubung pergerakan fail aktif (current files)


Dalam perkara berkaitan, jelas beliau projek-projek RMK9 di bawah kendalian Jabatan ini ialah Sistem Pembetungan Bersepadu bagi Bandaraya Kuching (Pakej 1, Fasa 1), Meningkatkan Sistem Pembetungan Padawan, Loji Rawatan Enapcemar Sibu, Loji Rawatan Enapcemar Miri dan Sistem Saluran Pembetungan Utama Bintulu.


Sambil menambah kepentingan projek tersebut selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kualiti air di sungai-sungai dalam kawasan bandaraya dan pusat Bandar di seluruh negeri Sarawak.


Sebagai contoh, Sistem  Pembetungan Bersepadu bagi Bandaraya Kuching, membuktikan Sarawak bergerak ke hadapan dan prihatin bagi memastikan keselesaan rakyat pada masa hadapan.

 


 



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article