- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

RM1.7 juta untuk pengesahan senarai

Must read

penerima bantuan keluarga miskin tegar di Sarawak


Kerajaan Negeri Sarawak telah menerima RM1.7 juta dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi tujuan pengesahan senarai keluarga miskin tegar di negeri ini yang layak menerima bantuan di bawah Program e-Kasih.

Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menerima cek peruntukan tersebut sebagai mewakili Kerajaan Negeri dari Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Dato’ Meme Zainal Rashid di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia pada 16 Jun lalu.


Dalam majlis penyampaian ringkas tersebut, Datuk Meme turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, timbalan beliau, YBhg Datu Ose Murang dan Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak, Encik Md Yahaya Basimin.


Peruntukan tersebut adalah bagi membantu Kerajaan Negeri menguruskan dengan lebih berkesan kerja-kerja pengesahan senarai keluarga miskin tegar di negeri ini, yang dianggarkan sebanyak kira-kira 11,000 keluarga miskin tegar berpendapatan RM440 ke bawah sebulan dan sudahpun berdaftar di bawah Program e-Kasih.


Keluarga-keluarga yang layak akan menerima bantuan setelah hasil dari kerja-kerja pengesahan diperolehi termasuk selepas keperluan mengenai jenis bantuan diketahui, dan seterusnya Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan wang bantuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.


Dato’ Meme menjelaskan kerja-kerja pengesahan, yang akan mensasarkan keluarga-keluarga yang telah mendaftar di bawah Program e-Kasih dan juga keluarga-keluarga yang layak untuk menerima bantuan namun belum lagi mendaftar, dijangka akan dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.


“Kita sedar masih banyak lagi keluarga di Sarawak yang berpendapatan kurang dari RM440 sebulan, namun belum tersenarai lagi di bawah senarai e-Kasih. Kerajaan Negeri Sarawak sudah mengenal pasti lebih banyak keluarga namun kelayakan mereka untuk mendapat bantuan harus disahkan. Itulah tujuan kita memberikan peruntukan ini kepada Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Meme.


Beliau juga memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat ingin membantu lebih banyak keluarga-keluarga miskin tegar agar mereka boleh keluar dari belenggu kemiskinan.


Kerja-kerja pengesahan nanti, yang akan dibantu pelbagai pihak termasuk ketua-ketua masyarakat setempat, akan dilakukan demi untuk membantu kerajaan bagi mengenal pasti lain-lain jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article