Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia 2010 di Kuantan
Setiausaha
Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani
bergambar bersama kontinjen pada Majlis Penyerahan Bendera Sukan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan bertanding pada Kejohanan
Sukan Antara Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia
2010.
Ketua
kontinjen untuk kejohanan kali ini diketuai oleh YBhg Datu Haji Misnu
bin Haji Taha, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia.
Seramai
84 orang wakil menyertai 6 acara sukan iaitu bolasepak, bola jaring,
boling, badminton, ping pong dan golf. Mengikut pecahan, acara
bolasepak disertai seramai 21 orang, bola jaring dan boling
masing-masing dengan 14 orang, badminton (11 orang), ping pong (15
orang) dan golf (9 orang).
Kejohanan
sukan tersebut akan berlangsung pada 15 hingga 19 Julai 2010 di
Kuantan, Pahang Darul Makmur.Kejohanan sukan kali ini adalah kali yang
ketiga diadakan, sebelum ini di Melaka (2004) dan Sabah (2006).