Komitmen kerajaan bagi memastikan Bahasa Malaysia terus diperjuangkan dan diperluaskan penggunaannya oleh orang ramai ini dapat digambarkan dengan signifikan penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang diadakan pada setiap bulan oktober.
Di Sarawak pada tahun ini, pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Sarawak diadakan pada 1 Oktober bertempat di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Petra Jaya. Ia diadakan serentak dengan pelancaran pada Peringkat Kebangsaan di Ipoh.
Demikian, umum Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam satu sidang media berhubung dengan majlis pelancaran tersebut.
Menurut beliau, majlis pelancaran tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada sebelah petangnya.
Antara acara pelancaran tersebut ialah persembahan khas daripada institut perguruan dan Sk Chung Hua yang diadakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, selain lafaz ikrar berkaitan dengan bahasa kebangsaan.
Menurutnya, Dewan bahasa dan pustaka cawangan Sarawak (DBPCS) sebagai penganjur utama bersama-sama agensi kerajaan yang lain turut mengadakan pelbagai akiviti sepanjang BBK pada bulan Oktober itu nanti.
Disamping acara utama (pelancaran), beberapa aktiviti sampingan lain turut diadakan iaitu Syarahan Eksekutif “Kebudayaan dan Kesusasteraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang”pada sebelah paginya di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Manakala sebelah malamnya pula, Malam Senandung Puisi 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara yang diadakan di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak.
Jelas beliau, matlamat utama penganjuran BBK adalah untuk memberi kesedaran dan mempromosikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kebangsaan.
Pengarah DBP Negeri Sarawak, Jiso Rutan pada sidang media yang sama turut berkata paling penting adalah usaha menyeluruh memupuk kesedaran dan promosi berterusan di kalangan orang ramai tentang kepentingan bahasa Malaysia yang menjadi tunjang kepada identiti bangsa.
Mengambil contoh, Sayembara Bahasa Berirama (12 hingga 13 Oktober) yang mengandungi kenyataan daripada 25 buah sekolah menengah yang turut menyelitkan persembahan penyampaian bahasa secara kreatif.
Selain itu, Khemah Bahasa 28 hingga 30 Oktober 2010 yang akan diadakan di Bau turut mengandungi kenyataan daripada pelbagai kaum, disamping pertandingan Kuiz BBK berkaitan isu bahasa dan sastera negeri.
Sambil berkata, aktiviti BBK turut diperluaskan pada peringkat bahagian dengan giliran kali ini empat (4) bahagian iaitu Kota Samarahan, Sri Aman, Mukah dan Limbang yang merangkumi pertandingan deklamasi dan nyanyian puisi, pidato, bercerita, bermukum, debat dan pameran mini BBK.
KALENDAR KEGIATAN
BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK
BIL. |
KEGIATAN |
TARIKH |
TEMPAT |
ANJURAN BERSAMA |
1. |
Majlis Pelancaran Peringkat Negeri |
1 Oktober 2010 (2.30 petang – 5.00 petang)
|
Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, dan 22 Jabatan/agensi Persekutuan & Negeri |
2. |
Syarahan Eksekutif “Kebudayaan dan Kesusateraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang” |
1 Oktober 2010 (8.30 pagi – 11.00 pagi) |
Pustaka Negeri Sarawak |
Jabatan |
3. |
Malam Senandung Puisi 1 Malaysia bersempena dengan BBK Peringkat Negeri
|
1 Oktober 2010 (8.30 malam – 10.30 malam) |
Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak |
DBP Cawangan Sarawak dan JKKNNS |
4. |
Berjemok Bahasa di Samarahan
• Majlis Perasmian |
2 – 3 Oktober 2010 |
Dewan Suarah Kota Samarahan |
Pejabat Residen, dan beberapa jabatan kerajaan negeri pada peringkat Bahagian Samarahan, dan IPT serta IPGM |
5. |
Berambih Bahasa di Sri Aman
• Majlis Perasmian |
9 – 10 Oktober 2010 |
Dewan Masyarakat, Kampung Hulu, Sri Aman |
Pejabat Residen Sri Aman. Pejabat Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Kemas, dan jabatan-jabatan kerajaan negeri yang lain |
6. |
Sayembara Bahasa Berirama |
12 – 13 Oktober 2010 |
Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak |
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching dan Samarahan. Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan lain-lain |
7. |
Pededun Bahasa di Mukah |
15 – 17 Oktober 2010 |
Dewan Masyarakat Oya |
Pejabat Residen |
8. |
Bedudun Bahasa di Limbang • Majlis Perasmian |
23 – 25 Oktober 2010 |
Dewan Masyarakat Kampung Sri Patiambun |
Pejabat Residen |
9. |
Khemah Bahasa |
28 – 30 Oktober 2010 |
Pusat Latihan Unimas, Bau |
Universiti Malaysia Sarawak, Pejabat Daerah Bau |
10. |
Pementasan Teater |
30 – 31 Oktober 2010 |
Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak |
|
11. |
Pameran Mini BBK |
2 & 3, 8 & 9 dan 16 & 17 Oktober 2010 |
Samarahan, Sri Aman dan Mukah |
Majlis-majlis Daerah Samarahan, Sri Aman dan Mukah |
12. |
Kuiz BBK di RTM |
1 – 31 Oktober 2010 |
RTM Kuching |
RTM Sarawak |