- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Manfaat dari 11 NKEA, 68 EPP untuk Sarawak

Must read

di bawah Program Transformasi Ekonomi
Pendekatan inklusif memanfaatkan masyarakat luar Bandar dan luar Bandar


Negeri Sarawak akan menerima manfaat dari ke semua 11 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang merangkumi sector-sektor industri utama di bawah Program Tansformasi Ekonomi (ETP) dan 68 Projek Permulaan (EPP) ,dengan tumpuan kepada sektor minyak, gas & tenaga, elektrikal & elektronik, minyak sawit dan pertanian

Sektor-sektor industri NKEA lain yang turut dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) ialah Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Pemborongan & Peruncitan, Pendidikan, Kesihatan, dan Kandungan Komunikasi & Infrastruktur. NKEA Greater Kuala Lumpur / Lembah Kelang ialah suatu lokasi geografi. NKEA ialah pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk menyumbang pertumbuhan ekonomi secara langsung yang boleh diukur.

ETP akan menjana pemacuan Malaysia ke arah Negara bertaraf pendapatan tinggi dengan 131 EPP dan 60 Peluang Perniagaan.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak, ETP menyasarkan pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) hamper tiga kali ganda daripada RM600 bilion (US$188 bilion) pada tahun 2009 kepada RM1.7 trilion (US$523 bilion) pada tahun 2020. Ini menterjemahkan peningkatan GNI per kapita dari RM23,700 (US$6,700) hingga sekurang-kurangnya RM48,000 (US$15,000), memenuhi tanda aras negara berpendapatan tinggi mengikut Bank Dunia. Negara dijangka mengembangkan GNI sebanyak enam (6) peratus antara 2011 dan 2020 untuk mencapai sasaran tersebut.

ETP ialah kemuncak bidang kerja yang luas untuk mengembangkan agenda ekonomi kerajaan, merangkumi RMK10, Model Ekonomi baru (NEM) dan prinsip-prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article