- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Inovasi Pertingkatkan Daya Saing Negara

Must read

Pendekatan inovasi bersama-sama dengan pengetahuan dan kreativiti  dikenalpasti akan menjadi sumber baru yang bernilai untuk ekonomi masa kini dan masa hadapan. Hanya melalui pendekatan tersebut, mampu mengekalkan daya saing serta memperkukuhkan pasaran negara.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Jacob Dungau Sagan ketika merasmikan Konvensyen 5 S Wilayah Sarawak 2010 baru-baru ini.

Menurutnya, kita perlu bersedia mengubah minda dan sikap kepada ekonomi berpandukan inovasi, menghasilkan produk-produk baru,meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos.

Malah, penekanan kerajaan pembentangan Belanjawan 2011 baru-baru turut memperlihatkan inovasi akan terus menjadi agenda utama negara.

Keadaan ini, menurutnya adalah dipacu oleh perancangan teliti, berani dan tegas kerajaan terutama dalam memperkenalkan pendekatan baru seperti Economic Transformation Programme (ETP) yang berdasarkan 12 New Key Economic Areas (NKEAs) dalam membina model ekonomi baru (NEM).

Ia menyusuli kejayaan Government Transformation Programme (GTP) atau Program Transformasi Kerajaan yang telah mula menunjukkan hasil yang positif. Pendekatan berfikir secara inovatif telah dipraktikkan  sebelum terhasilnya GTP melalui beberapa  siri “labs” atau makmal yang dijalani pemikir inovatif sektor awam dan swasta.

Hasilnya, petunjuk pencapaian Malaysia dapat disaksikan dalam Laporan World Competitiveness Yearbook 2010 yang dikeluarkan oleh International Management Development (IMD) di Switzerland telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke 10 daripada 58 buah negara

Katanya lagi, dalam Global Innovation Index 2010 yang dikeluarkan oleh INSEAD-the Business School for the World, Malaysia menduduki tangga ke 28 daripada 132 negara manakala Laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Index 2010-2011, meletakkan Malaysia menduduki tangga ke 25 daripada 139 dari segi kedudukan kapasiti inovasi.

Usaha diteruskan kini, dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai 10 negara di dunia yang mudah untuk melaksanakan urusan perniagaan menjelang tahun 2015. Untuk itu, menurut beliau, beberapa  kajian semula peraturan dan undang-undang akan dilaksanakan serta peranan ini akan diterajui oleh MPC.

Mengenai konvensyen amalan 5S, menurut beliau mampu meningkatkan produktiviti organisasi dengan pengurusan persekitaran yang baik dan pengurusan sisa yang berkesan.

Pelaksanaan sistem tersebut, menurutnya diyakini mampu mengurang kecacatan (defects), pembaziran, kelewatan, kecederaan serta kerosakan. Malah ia mampu mengurangkan kos serta meningkatkan produktiviti.

Sehingga November ini, jelasnya terdapat sebanyak 128 organisasi di negeri Sarawak telah mendapat persijilan 5 S. Perkembangan tersebut turut menunjukkan masih terdapat lagi kekurangan bilangan penyertaan dari perusahaan tempatan.

Terdahulu, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak, Ybhg Suhaimy Abdul Talib berkata konvensyen kali ini disertai oleh 250 peserta yang terdiri dari 51 buah organisasi awam dan 12 organisasi swasta di Sarawak.

Sebanyak empat (4) kertas kerja berkaitan Amalan 5S dibentangkan oleh penceramah iaitu Encik Lam Chun See (Hoslin Consulting, Singapura), Puan Lucy Chong Su Kun (Hospital Tenom, Sabah), Encik Mohamad Razinb Abdullah (Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya) dan Encik Ramzi Abdullah (Jabatan Tanah dan Survei Sarawak).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article