- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keputusan PTK bagi 2010 dan sebelumnya masih sah

Must read

sehingga Mei 2011 biarpun PTK sudah dimansuhkan

Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, namun menurut pekeliling bertarikh 15 Disember 2010 dari Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, keputusan PTK bagi tahun 2010 dan sebelumnya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) tetap sah laku bagi tujuan kenaikan pangkat dan/atau kenaikan gaji sehingga 31 Mei 2011.

Beliau juga memaklumkan dalam pekeliling tersebut yang PTK tidak lagi menjadi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai tarikh berkuatkuasa berkenaan, dan mengarahkan agar keputusan PTK yang belum selesai pada tarikh itu supaya disahkan sebelum 1 Jun 2011.

Dalam pekeliling tersebut juga, YBhg Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi memaklumkan mengenai pemansuhan PTK oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, yang telah diumumkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010 (Bil JPA BK. (S)241/82/1 Jld. 3 (16) bertarikh 30 November 2010.

Satu penilaian baru yang lebih sesuai akan dilaksanakan menjelang Jun 2011 bagi menggantikan PTK yang telah dijalankan dalam Sistem Saraan Malaysia sejak 1 November 2002.

PTK telah dperkenalkan bagi menggalakkan pembangunan diri pegawai-pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kecekapan.

Ianya setelah itu dimantapkan pada tahun 2005, dan diubahsuai pada tahun 2008.

Semasa pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah memutuskan agar PTK dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh para pegawai awam menjelang Jun 2011.

Berdasarkan kepada Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia itu, pemansuhan PTK pada 1 Januari 2011 dibuat setelah mengambil kira para pengawai yang menduduki PTK pada tahun 2010 dan sebelumnya, untuk dipertimbangkan bagi anjakan gaji pada tahun 2011 setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Seandainya masih terdapat keputusan PTK yang belum selesai setelah 1 Januari 2011, Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkenaan diberi kuasa untuk mempertimbangkan dan mengesahkan keputusan PTK berkaitan, dan segala urusan berkenaannya harus diselesaikan sebelum 1 Jun 2011.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article