- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Ketua Menteri Anjur Perhimpunan Pertama

Must read

bagi Tahun 2011

Buat julung kalinya, Jabatan Ketua Menteri telah menganjurkan Perhimpunan bagi kakitangan awamnya yang telah diadakan bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama pada 6 Januari 2011

Perhimpunan tersebut memberi peluang kepada seramai 600 orang penjawat awam yang hadir untuk mendengar amanat tahun 2011 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.

Dalam amanat beliau, beliau menekankan antara lain tentang visi dan misi dan serta nilai yang perlu ditekankan serta dipraktikkan oleh  penjawat awam bagi memastikan Jabatan Ketua Menteri terus menjadi institusi yang disegani dan boleh dibanggakan.

Bagi mencapainya, sudah pasti, semua penjawat awam dalam Jabatan Ketua Menteri, tanpa mengira daripada pelbagai unit hendaklah bekerjasama dan bergerak sebagai sebuah kumpulan.

Harapan dan aspirasi beliau, juga ingin melihat 1 JKM (Jabatan Ketua Menteri) juga mampu merealisasikan budaya pasukan berprestasi tinggi, yang termaktub dalam misi perkhidmatan awam negeri  dan semua pihak bersama-sama memainkan peranan untuk mencapai visi utamanya iaitu perkhidmatan awam yang bertaraf dunia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article