- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pusat Kecemerlangan Akuatik Sarawak,

Must read

antara yang terbaik di Malaysia


Pusat Kecemerlangan Akuatik Sarawak yang terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di Kuching dianggap sebagai pusat kecemerlangan sukan tersebut yang terbaik di negara ini, selain dari yang terletak di Kuala Lumpur.


Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Ahmad Shabery Cheek, pembinaan pusat tersebut di Sarawak adalah bagi menghargai kejayaan negeri ini yang telah melahirkan ramai bintang-bintang sukan akuatik yang seterusnya mengharumkan nama negara.


“Sarawak adalah sebuah negeri yang banyak memberikan sumbangan kepada sukan akuatik negara, terutamanya dalam melahirkan ikon-ikon seperti Pandalela Rinong dan Daniel Bego, jadi memang amat sesuai negeri ini mempunyai pusat akuatik terbaik,” kata beliau semasa melakukan lawatan ke tapak pembinaan pusat tersebut pada pagi 6 Januari 2011 lalu.


Dengan adanya pusat yang merupakan sebahagian dari Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang pembinaannya menelan perbelanjaan RM33 juta itu, YB Datuk Ahmad Shabery menyatakan harapan beliau agar ia dapat mencetus minat di kalangan rakyat Sarawak terhadap sukan akuatik, dan seterusnya melahirkan lebih ramai ikon sukan itu.


“Ikon-ikon berkenaan pula diharap akan dapat menarik minat lebih ramai belia di Sarawak untuk menceburi sukan itu,” tambah beliau.


YB Datuk Ahmad Shabery telah melawat dan meninjau kemajuan pembinaan kompleks tersebut yang setakat lawatan sudah 60 peratus siap.


Kompleks tersebut mempunyai banyak kemudahan bagi golongan belia serta penganjuran acara sukan seperti pusat akuatik berbumbung, dewan sukan, stadium tertutup dan asrama, yang dimulakan pembinaannya pada 11 Ogos 2009 dan dijangka siap pada Ogos 2011.


“Kita harap kompleks ini akan dapat menjadi satu tempat yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sarawak, di mana mereka boleh mengadakan seminar, kursus dan acara-acara sukan dalam kemudahan-kemudahan yang lebih canggih,” jelas YB Datuk Ahmad Shabery.



 



 



 



 


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article