- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Program Inovasi Berterusan

Must read

Bantu Proses Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri

Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) mensasarkan untuk menjadi lebih proaktif dalam inovasi, bertepatan dengan agenda Transformasi Negara yang berpaksikan inovasi dan juga kreativiti, berikutan arahan berkuatkuasa 11 November 2010 yang ,mengarahkan unit-unit kualiti di setiap jabatan/agensi ditukarkan kepada unit-unit inovasi.

Semasa menghadiri sesi taklimat mengenai garis panduan Anugerah Kualiti PANS (AKPANS) 2010 di Pustaka Negeri Sarawak pada pagi 25 Januari 2011, Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak (HRDQ, JKM), Dr Sabariah Haji Putit berkata sebagai sebahagian dari rancangan strategik JKM, perkhidmatan awam negeri ini harus mengadakan lebih banyak program-program inovasi dan kreaviti.

Ini, kata beliau dalam taklimat anjuran HRDQ itu, adalah bagi membantu keseluruhan proses transformasi PANS dan juga negeri Sarawak serta Malaysia.

Berkenaan dengan AKPANS 2010, beliau memberitahu ini adalah anugerah kualiti yang terakhir, dan selaras dengan perubahan dari penekanan terhadap kualiti kepada inovasi (anugerah pada tahun 2011 akan dikenali sebagai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak – AIPANS), dan anugerah yang baru nanti itu akan mempunyai sistem penilaian yang berbeza.

Beliau yang menghadiri mesyuarat penilaian bagi AKPANS 2010 pada hari sebelumnya, juga berkata terdapat peningkatan jumlah penyertaan berbanding pada tahun 2009, iaitu dari 160 agensi/jabatan, sementara pada tahun sebelumnya penyertaan berjumlah 140.

Peningkatan tersebut menandakan meningkat juga segala usaha agensi/jabatan PANS berkaitan kualiti, dan ini memberikan petunjuk bahawa para penjawat awam di Sarawak secara keseluruhannya ingin menjadi sebahagian dari pergerakan kualiti, dan lebih penting lagi, mengamalkan budaya kualiti dalam organisasi masing-masing.

Beliau seterusnya menyatakan harapan beliau agar AKPANS serta juga AIPANS nanti akan menjadi unsur penting dalam perjalanan PANS ke arah menjadi sebuah perkhidmatan awam bertaraf dunia, dan biarpun mengakui sasaran tersebut mungkin hanya dapat dicapai lima atau sepuluh tahun lagi, perjalanan ke tujuan tersebut harus bermula sekarang.

Beliau juga meminta semua warga kerja PANS agar menjamin diri mereka untuk mendukung budaya kualiti yang sihat secara menyeluruh dalam organisasi mereka, serta mengamalkan amalan-amalan kualiti bertaraf dunia, lantas menjadikan mereka organisasi-organisasi cemerlang.

Itulah sebabnya PANS mempunyai sistem penilaian terbaik berkaitan dengan AKPANS dan juga AIPANS, dan untuk itu juga perkhidmatan awam negeri ini memerlukan kegiatan-kegiatan berkaitan kualiti bagi membolehkan lonjakan besar yang dapat membawa organisasi-organisasinya mencapai tahap kecemerlangan yang lebih jauh.

Peranan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) juga amat mustahak, dan KIK-KIK juga harus menjadi cemerlang, namun secara keseluruhannya, sumber manusia PANS harus juga mempunyai budaya yang sama seperti KIK.

Ini kerana KIK adalah satu bahagian penting dari pergerakan PANS, dan untuk itu, Kerajaan Negeri telah memulakan AKPANS.

KIK-KIK harus membawa impak kepada organisasi-organisasi mereka, dan juga lebih dari itu, lantas memberikan lonjakan kepada perkhidmatan awam negeri ini, katanya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article