Galakkan Aktiviti Kecergasan
Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi dengan acara sesi senamrobik turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani yang turut menyertai Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo dan seramai 450 orang peserta yang terdiri daripada 20 buah agensi dan jabatan kerajaan.
Acara, kemudiannya diteruskan dengan Larian Kesihatan dengan laluan sejauh 4.5 kilometer bagi Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka dan sejauh 2.8 kilometer bagi Kategori VIP dan Veteren Lelaki dan Wanita. Acara pelepasan peserta acara larian disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga merangkap Yang Di-Pertua MAKSAK Sarawak.
Beliau bersama-sama dengan kategori VIP lain turut mengambil peluang untuk menikmati kawasan sekitar Pustaka Negeri dengan acara berbasikal sekitar laluan yang telah ditetapkan.
Terdahulu sebelum itu, dalam ucapan ringkas sebelum larian, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghan berkata aktiviti-aktiviti kesihatan sememangnya digalakkan terutama kepada kakitangan Perkhidmatan Awam kerana melalui aktiviti tersebut dapat melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan mereka ini mampu menghasilkan produktiviti kerja yang tinggi.
Manakala Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo pula sentiasa mengalu-alukan semua pihak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di sekitar (di luar) Pustaka Negeri terutama kawasan dan suasana yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti beriadah.
Selain aktiviti senamrobik dan larian kesihatan, turut diadakan ialah Ceramah Kesihatan, Pameran Kesihatan, Cabutan Bertuah dan ia turut menyediakan Hadian untuk Penyertaan Kontinjen Paling Ramai.
Pendaftaran peserta larian.
Pelepasan acara larian untuk Kategori Wanita oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,
YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani
YBhg Datin Amar Hjh. Saptuyah Bt. Hj. Suib memulakan acara berbasikal.