- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Inovasi Menyeluruh Sebagai Pemacu

Must read

"""" Kecemerlangan Organisasi

Kecemerlangan organisasi boleh dipacu dengan penerapan budaya kreativiti dan inovasi serta pen glibatan aktif dalam organisasi tersebut. Melalui penubuhan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK), ia diharap menjadi satu pengerak kepada budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri  berkelas dunia.

Ini dinyatakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), YBhg Datu Abdul Ghafur Sharif ketika merasmikan penutupan Bengkel KIK Zon Selatan yang diadakan di Kuching pada 8 Mac 2011.

Menurut beliau, ia mencerminkan kesungguhan penjawat awam ke arah merealisasikan impian negeri dan negara ke arah negara berpendapatan tinggi dengan menjadikan inovasi antara salah satu faktor yang boleh memacu kecemerlangan tersebut.

Beliau mengambarkan bagaimana inovasi yang juga suatu proses penambahbaikan secara menyeluruh boleh menjimatkan masa dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Menurut YBhg Datu Ghafur Sharif, bagi memastikannya konsisten banyak faktor yang perlu diambil kira antaranya kitaran eko-sistem yang merangkumi antaranya budaya (budaya yang ingin dipraktikkan), Kepimpinan (sokongan pihak atasan dan ketua jabatan), peruntukan (perbelanjaan yang berkaitan), polisi, pendidikan dan latihan.

Jelasnya, di sini pentingnya penyelidikan dan pembangunan (R  & D), yang sentiasa melakukan usaha penambahbaikan kepada proses-proses yang sedia ada. Ini juga yang telah dilakukan oleh pencipta terkenal dunia dalam bidang mereka masing-masing yang kini  telah mengubah dunia menjadi lebih baik.

Mengenai Kumpulan KIK, setiap agensi dan jabatan kerajaan perlu mengaktifkan KIK masing-masing yang menurutnya bukanlah suatu tugas yang mudah, namun dengan semangat dedikasi dengan budaya kerja berpasukan beliau percaya ia boleh dilakukan.

Katanya, KIK mampu memberi impak besar kepada organisasi terutamanya mengenalpasti prosedur, produk ataupun idea-idea baru yang boleh dihasilkan yang mampu mengerakkan organisasi ke hadapan.

Dalam pada itu, Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) , Dr Sabariah berkata bengkel  tersebut yang menyediakan pendidikan dan latihan kepada pengerak inovasi dalam organisasi dan jabatan kerajaan diharap dapat meningkatkan keyakinan kepada peserta untuk bertanding pada konvensyen yang dijangka diadakan pada Mei tahun ini (2011).

Ia tersebut diharap dapat memupuk budaya kreatif di kalangan penjawat awam dalam melaksanakan tugas seharian , membentuk imej perkhidmatan awam yang beriorientasikan pelanggan menerusi proses “Business Process Reeingineering”  di samping  memberi tambah nilai terhadap sistem penyampaian yang berkesan kepada pelanggannya.

Bengkel Zon Selatan yang diadakan pada 8 hingga 9 Mac 2011, melibatkan seramai 140 orang peserta yang terdiri  daripada agensi dan jabatan seperti  Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Residen dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian, Badan-Badan Berkanun dan jabatan-jabatan persekutuan dan negeri.

Manakala Zon Utara diadakan di Miri  pada 21 hingga 22 Februari 2011  dengan seramai  65 orang peserta dan Zon Tengah diadakan di Sibu pada 24-25 Februari 2011 dengan seramai 80 orang peserta.  

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article