- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Anugerah Baru Diperkenal Dalam AKPANS2010

Must read

Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2010 pada tahun ini bakal menyaksikan dua anugerah baru diperkenalkan iaitu Anugerah Kaunter Perkhidmatan Terbaik dan Anugerah KFA (Aktiviti-Aktiviti Fokus Utama) Terbaik.

Ia melengkapkan kategori-kategori lain AKPANS 2010, Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) Kategori Negeri, Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Anugerah Kualiti Setiausaha Persekutuan Sarawak, Kategori Pejabat, Kategori Cawangan, Kategori

Mengenai Anugerah Kaunter Perkhidmatan Terbaik, ia akan terbuka kepada Kategori Daerah dan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, namun beberapa perkara sedang diperincikan manakala Anugerah KFA Terbaik pula sebagai pengiktirafan kepada inovasi yang dihasilkan dalam agensi dan jabatan kerajaan.

Pada Sesi Perjumpaan Khas Panel Penilai AKPANS 2010, ia turut mengesahkan pelantikan beberapa orang panel daripada beberapa agensi kerajaan .

Antara objektif Sesi Perjumpaan Khas Panel tersebut ialah untuk melengkapkan pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab para panel penilai AKPANS 2010, satu sesi perkongsian pengalaman dan penambahbaikan kepada isu-isu berkaitan dan untuk membincangkan strategi penilaian dan sistem permarkahan yang standard.

Perkara lain yang turut disentuh dalam Sesi Perjumpaan tersebut ialah Sesi Perbincangan bagaimana untuk menambahbaik proses penilaian serta meningkatkan keberkesanan kerjasama sebagai satu pasukan.

Pada sesi perjumpaan tersebut, pemudah cara iaitu Tuan Haji Shahabuddin Omar yang juga selaku Ketua Panel Penilai berkata AKPANS sebagai satu penanda aras yang telah meletakkan standard terbaik kepada agensi dan jabatan kerajaan. Oleh sebab itu, pemilihan dan penilaian perlulah berdasarkan standard yang telah ditetapkan.

Terdahulu sebelum itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), Ybhg Datu Abdul Ghafur Shariff berkata semua yang terpilih (panel) adalah antara yang wakil-wakil yang “pakar dalam bidang kualiti masing-masing”.

Katanya, aspek penanda aras dan prestasi berdasarkan kedudukan (ranking) adalah sesuatu yang perlu dipertingkatkan selaras dengan  hasrat dan ekspektasi tinggi masyarakat.

Mengambil contoh kejayaan negara Hong Kong dan Singapura, peranan sektor awam ataupun perkhidmatan awam menjadi satu elemen penting yang memacu kejayaan negara terbabit. Sarawak perlu melakukan satu transformasi dalam perkhidmatan awam yang akan menjadi pemangkin kepada sektor swasta dan pelaburan lain terutama bagi mencapai negeri berpendapatan tinggi selepas tahun 2020.

Bagi mencapainya, transformasi menyeluruh perlu dilakukan sekarang, kerana perubahan semasa turut menuntut kepada perubahan cara bekerja terutama mereka yang berdepan terus dengan pelanggan seperti dalam aspek pendaftaran kelahiran, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article