- Advertisement -spot_img
4,844
published news
and counting

Memastikan Kesinambungan Kepimpinan Generasi Belia

Must read

Generasi belia perlulah diberi panduan dan pimpinan yang sewajarnya agar golongan dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan pada masa hadapan.

Kesan daripada trend (kepesatan teknologi maklumat) dan kesibukan kehidupan masa kini, juga telah menyebabkan ibu bapa mempunyai kurang masa dengan anak-anak dan keadaan ini dikhuatiri boleh menjejaskan “asas” dan mewujudkan jurang antara generasi muda dan generasi terdahulu.

Sekiranya tanpa bimbingan sewajarnya, golongan ini tidak dapat meneruskan apa yang telah dibina oleh golongan terdahulu, kebaikan dan tradisi yang baik suatu masa dahulu sebenarnya dicabar oleh perkembangan pesat teknologi, kepantasan dalam berkomunikasi dan membuat keputusan.

Bagi menghadapinya, generasi muda harus bijak mengenalpasti mana yang baik atau sebaliknya dengan mengekalkan asas identiti kekuatan budaya yang telah membawa kita ke mercu kejayaan.

Golongan terdahulu (lama), juga perlulah harus lebih terdidik, peka terhadap perubahan dunia. Mereka juga perlu berupaya  menyelami dan memahami setiap tindak tanduk golongan belia ini.

Semua  pihak harus memainkan peranan agar jurang ini tidak terlalu luas. Demikian antara formula yang diungkapkan Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bagi memastikan generasi belia dan kepimpinan generasi baru dan lama berupaya diteruskan.

Beliau berkata demikian ketika Perhimpunan Belia 2011 yang diadakan baru-baru ini (18 Mac 2011).

Menurutnya, walau sesibuk mana keadaan dan diri kita, golongan ini harus mendapat pimpinan dan bimbingan yang sewajarnya agar mereka mengenali jati diri mereka.

Katanya, cabaran terletak kini, kepada kita untuk meneruskan kesinambungan agar “keluarga nuklues’ tersebut tidak mempengaruhi perjalanan dan perkembangan anak kita.

Apa yang perlu dibentuk kini adalah generasi yang mampu meneruskan kecemerlangan apa yang dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu.

Mengambil contoh Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)  yang dilakukan kerajaan sekarang adalah bagi menentukan hala tuju perjalanan agar golongan belia turut mendapat manfaat terbaik.

Jelasnya, legasi yang terbina tersebut, tidak lain hanyalah bagi memastikan kejayaan pada hari akan membuahkan hasil kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article