- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sarawak

Must read

Akan Disambut Dengan Suasana Berbeza


Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini (2011) akan disambut dengan suasana berbeza, disebabkan tarikh tersebut (30 dan 31 Ogos) jatuh pada Hari Raya, sambutan tidak seperti lazimnya sebelum ini.


Sambutan Hari Kemerdekaan tetap diteruskan dengan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meraikan tarikh tersebut dengan mengabungkannya bersama Majlis Rumah Terbuka khas yang dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Merdeka 1 Malaysia pada 30 dan 31 Ogos 2011 dengan lokasi akan ditentukan kemudiannya.


Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Hj.Openg mengadakan Sidang Media Sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Peringkat Negeri di Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching


Manakala Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara pula akan diadakan pada malam 16 September 2011 di Dataran Perbarisan Dewan Undangan Negeri yang baru yang akan mengetengahkan persembahan yang istimewa antaranya pertunjukan cahaya di samping menggunakan sepenuhnya Sungai Sarawak sebagai tarikan utama.


YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari yang juga Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2011 turut berkata sebahagian Tebingan Sungai terutama di Town Square turut digunakan bagi tujuan tersebut.


Sebagaimana pentingnya tarikh Kemerdekaan, tarikh 16 September 1963  pula disambut oleh setiap rakyat Malaysia dan Sarawak iaitu tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Negara Malaysia


Bagi menyambut ulangtahun ke 48 penggabungan ini, maka majlis diadakan supaya ingatan serta imbauan sejarah ini tetap kekal di dalam hati sanubari rakyat Sarawak khususnya dan amnya terutama bagi menerap serta meningkatkan lagi semangat serta nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat Sarawak yang berbilang bangsa.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar setiap rakyat menunjukkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia dengan mengibarkan jalur gemilang.di rumah dan premis masing-masing.


Dalam perkara berkaitan, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa cuti am tambahan akan diberi sempena pertindihan cuti Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan.


Ini tertakluk kepada pengumuman tarikh hari raya puasa iaitu 1 September 2011 jika Hari Raya jatuh pada 30 Ogos 2011 atau 2 September 2011 jika hari raya jatuh pada 31 Ogos 2011.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article