- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

4 Inisiatif Inovasi DBKU Dilancarkan

Must read

Seiring dengan perubahan semasa dan ekspektasi pelanggan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang telah pun mentadbir Bandaraya Kuching Utara sepanjang 23 tahun walaupun telah banyak pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa meneruskan tradisi kecemerlangan tersebut dengan melancarkan empat (4) inisiatif Inovasi DBKU baru-baru ini.

Inovasi tersebut ialah Sistem e-Pesanan Kontrak (e-Pec), Sistem Maklumat Geografi Kuching Utara (GISKU), Sistem Inventori Pokok (SIP) dan slogan “War Cry DBKU” yang baru.

Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani bersempena dengan Hari Inovasi DBKU yang diadakan pada 10 November 2011.

Inovasi e-Pec, yang merupakan cetusan inovasi Bahagian Kontrak dan Perolehan bagi mencari kaedah lebih praktikal dan sistematik menggantikan kaedah manual kepada kaedah elektronik. Melalui sistem tersebut, pemantauan dan progres perolehan dapat dilakukan, bermula dari pemohonan, penyampaian perkhidmatan sehinggalah pembayaran dibuat.

Manakala sistem GISKU, pula satu sistem elektronik dibangunkan oleh Bahagian Perancangan DBKU yang mengandungi 68 lapisan peta guna tanah bagi 49 jenis maklumat spatial untuk semua kawasan pentadbiran DBKU.

Capaian akses sistem GISKU meliputi aspek berikut pelancongan, pendidikan dan penyelidikan, perancangan dan pembangunan fizikal serta sosial dan perniagaan dan perindustrian.

Sistem Inventori Pokok (SIP), yang juga inovasi ke3 dilancarkan merupakan program perkongsian pintar di antara Bahagian Lanskap DBKU dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Sistem tersebut yang dibangunkan untuk mengekalkan pemeliharaan serta pemuliharaan ke atas pokok warisan, turut mempunyai inventori bagi merekod maklumat pokok seperti tinggi, ukurlilit, jarak teduhan, gambar pokok dan pemeriksaan berjadual. Ia juga membolehkan tahap risiko (hazard risk) diukur serta keperluan pelan penambahbaikan dilakukan.

Inisiatif terakhir ialah slogan baru “War Cry” DBKU iaitu “All For One, One For All” dan “We Swim and Sink Together” , dengan keyakinan ia akan memberikan semangat baru kepada warga DBKU agar terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan serta meneruskan semangat kerja berpasukan.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article