- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kejayaan KIK, Suntik Semangat Baru

Must read

Perkhidmatan Awam Negeri


Kumpulan 4-Quest

Kumpulan Millenium Sabe

Kejayaan Sarawak yang mendominasikan kemenangan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) melalui Kumpulan Millenium Sabe (Kategori Teknikal) dan Kumpulan 4 Quest (Kategori Pengurusan) baru-baru ini semasa Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-28 telah menyuntik semangat baru dan motivasi kepada perkhidmatan awam negeri Sarawak.

Sudah semestinya, ia menjadi kebanggaan seluruh warga perkhidmatan awam negeri dengan meletakkan pencapaian ini suatu boleh dicapai sekiranya terdapat kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Bukan itu sahaja, kemenangan manis tersebut yang disifatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani adalah lambang kejayaan gerakan kualiti dan inovatif yang mula dilaksanakan sejak 2 tahun selepas beliau menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penghargaan Bersempena Kemenangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Millenium Sabe dan 4 Quest yang telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching pada 14 November 2011.

Harapanya, agar kejayaan ini dapat diteruskan dengan lebih banyak lagi Kumpulan KIK mendapat pengiktirafan selepas ini, dan menjadi KIK sebagai platform utama dalam mengetengahkan idea dan projek inovasi baru dalam organisasi dan jabatan kerajaan.

Katanya, sesuatu yang menarik mengenai KIK adalah semua pihak terlibat (terutama peringkat pertengahan dan rendah) yang turut merentasi setiap unit, jabatan dan organisasi tersebut.

Ia juga menghapuskan “mentaliti silo”, dengan semua penjawat awam bergerak bersama walaupun berbeza unit atau jabatan bagi mencapai sasaran hanya satu iaitu merealisasikan projek KIK.

Sebab itulah, menurutnya ahli kumpulan KIK berupaya menghasilkan pelbagai idea dan projek baru yang segar untuk diketengahkan dan dimajukan kepada pihak pengurusan.

KIK, jelas Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sebahagian daripada program transformasi perkhidmatan awam yang dilaksanakan, selain aktiviti-aktiviti fokus utama (KFA), pasukan berprestasi tinggi (HPT), penarafan bintang dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, perkhiudmatan awam perlu bersedia dan responsif terhadap ekspektasi rakyat yang semakin meningkat dengan perkhidmatan yang telus, cepat dan pantas.

Mengenai Majlis Penghargaan Bersempena Kemenangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Millennium Sabe dan 4 Quest, ia  diadakan bagi memberikan pengiktirafan dan menghargai kejayaan kumpulan yang telah dicapai.

Millennium Sabe dari Cawangan Ibu Pejabat yang diketuai oleh juru ukur Siti Romiza telah menghasilkan prototip “smart peg” yang diperbuat daripada bahan “thermoplastic” yang dikenali sebagai “polypropylene” manakala Kumpulan 4-Quest dari Jabatan Tanah dan Survei Miri yang diketuai oleh Pendaftar Douglas Pungga berjaya menambah baik proses kerja untuk memperbaiki kutipan premium tertunggak dikalangan pemaju swasta.

Turut hadir pada Majlis Penghargaaan tersebut ialah kedua Timbalannya, YBhg Datu Ose Murang (Pentadbiran, Keselamatan  dan Hal-Ehwal Korporat) dan YBhg Datu Misnu Taha (Sumber Manusia), Ybhg Datu Sudarsono Osman, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak dan Dr Sabariah Putit, Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ), Jabatan Ketua Menteri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article