- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak juarai KIK peringkat kebangsaan

Must read

Kumpulan 4-Quest

Kumpulan Millenium Sabe


Sarawak mencipta sejarah dengan tiga kemenangan apabila memenangi Anugerah Setiausaha Negara dalam kedua-dua kategori teknikal dan pengurusan buat julung kalinya semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-28 yang diadakan di Negeri Sembilan dari 31 Oktober 2011 hingga 2 November lalu.

Kejayaan membanggakan tersebut dicapai oleh dua pasukan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak – Millenium Sabe dalam Kategori Teknikal dan 4-Quest dalam Kategori Pengurusan.

Millenium Sabe dengan ciptaan revolusi yang dinamakan ‘My Smart Peg’ juga merupakan satu-satunya pasukan yang dianugerahkan lima bintang dengan markah keseluruhan yang tertinggi berjumlah 81.01 mengalahkan 27 buah pasukan lain dari seluruh Malaysia.

Selain itu, Kumpulan Millenium Sabe turut memenangi anugerah pameran terbaik dalam kategori Teknikal.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan atas kemenangan mereka. Pengarah Datuk Sudarsono Osman berkata ahli-ahli dalam kedua-dua buah pasukan bekerja keras untuk memperoleh kejayaan ini.

“Dua kemenangan sekaligus pada masa sama sememangnya adalah di luar dugaan.

“Kedua-dua buah pasukan telah memberikan persembahan mengkagumkan dalam pertandingan yang amat sengit itu,” katanya.

Tambah Datuk Sudarsono, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang diwakili oleh satu jabatan dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan dalam konvensyen tersebut memandangkan kedua-dua buah pasukan merupakan juara dalam kategori masing-masing semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat negeri Sarawak yang diadakan pada bulan Julai tahun ini.

Datuk Sudarsono berharap kejayaan ini akan mendorong warga kerja JTS untuk terus mengadaptasi budaya inovasi dalam usaha mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

“Kita akan berusaha memberi tumpuan kepada inovasi proses kerja agar dapat terus memberikan perkhidmatan yang pantas dan efisien serta mesra kepada rakyat.”

Millenium Sabe dari Cawangan Survei Ibu Pejabat yang diketuai oleh Siti Romiza Romali telah menghasilkan prototaip ‘smart peg’ yang diperbuat daripada bahan ‘thermoplastik’ yang dikenali sebagai ‘polypropylene’.

Berbanding dengan peg belian yang digunakan sekarang dalam kerja tanda kawalan dan tanda sempadan, ‘smart peg’ hasil ciptaan kumpulan ini adalah lebih mesra alam, tahan dan yang lebih penting lagi, dengan adanya logam di atas kepala peg akan memudahkan tanda survey di atas tanah dikesan.

Penggunaan kayu belian pada hari ini kurang mesra alam memandangkan kuantiti kayu belian yang sedia ada sekarang semakin berkurangan. ‘My Smart Peg’ bertujuan membantu memulihara alam sekitar  dengan menyelamatkan kira-kira 700 batang pokok belian yang ditebang dalam setahun.

Sementara itu, kumpulan 4-Quest dari Jabatan Tanah dan Survei Miri yang diketuai oleh pendaftar Douglas Pungga Berjaya menambahbaik proses kerja untuk memperbaiki kutipan premium tertunggak di kalangan pemaju swasta. Kegagalan untuk membayar premium merupakan salah satu sebab yang kerap mengakibatkan penangguhan dalam pengeluaran surat hak milik tanah bagi projek perumahan dan komersil dan hal ini seringkali menimbulkan ketidakpuasan terutamanya di kalangan pembeli rumah.

Semasa menjalankan kajian percubaan menggunakan proses kerja baru ke atas 33 buah kes premium tertunggak dari tahun 2005-2009, jabatan Berjaya memungut kembali sejumlah RM3.2 juta daripada pemaju yang gagal melangsaikan  bayaran premium yang tertunggak.

Kemenangan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat kebangsaan ini merupakan kejayaan kali kedua untuk Jabatan Tanah dan Survei. Pada tahun 2009, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching pernah merangkul tempat kedua melalui pengenalan model barupendaftaran surat cara tanah dalam tempoh satu hari. Pendaftaran surat cara tanah dalam tempoh satu hari ini diadaptasi menjadi tanda aras peringkat nasional oleh Pejabat Tanah di seluruh Malaysia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article