Projek-projek Permulaan (EPP) boleh menyampaikan sehingga 31 peratus pertumbuhan tokokan yang dikehendaki dan 10 peratus lagi melalui kesan pengganda. Peluang-peluang Perniagaan juga boleh menyampaikan suatu tambahan sebanyak 33 peratus, beserta 26 peratus pertumbuhan tokokan daripada sektor bukan-NKEA (Bidang Utama Ekonomi Nasional. Namun begitu, Projek Permulaan bukan segala-galanya; mereka hanya merupakan pemangkin awal untuk merangsangkan projek-projek baru selanjutnya dan momentum pertumbuhan ekonomi untuk 10 tahun berikutnya,” kata Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Projek-projek Permulaan akan menjana keputusan yang cepat. Mereka merupakan inisiatif-inisiatif yang jelas di mana pelabur-pelabur berpotensi, pelan pelaksanaan dan keperluan pembiayaan boleh dikenalpasti. Peluang-peluang Perniagaan menawan potensi sektor-sektor yang boleh diperkembangkan, sesetengahnya dicetuskan oleh kejayaan pelaksanaan Projek-projek Permulaan. Kesan-kesan pengganda merangkumi kesan ekonomi dari Projek-projek Permulaan kepada semua sektor ekonomi lain; apabila satu sektor bertumbuh, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) Akan Melengkapkan Inisiatif-inisiatif Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE)
“Inisiatif-inisiatif di bawah SCORE akan diteruskan kerana projek-projek ETP juga mengumpulkan bekalan tenaga yang sedia ada dan murah di Sarawak. Usaha ini akan menyokong EPP di bawah NKEA Elektrikal & Elektronik. Misalnya, Sarawak ialah tempat yang ulung untuk pembuatan wafer silikon substrat dan jongkong-jongkong silikon suria kerana ketersediaan silika yang berkualiti tinggi. Kami menyasar untuk memulakan satu loji substrat pada tahun 2012 dan yang kedua pada tahun 2014,” kata Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.
Tiga EPP di bawah NKEA Minyak, Gas & Tenaga yang bertujuan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas mempunyai hubungan langsung dengan Sarawak: menghidupkan semula medan-medan minyak dan gas yang sedia ada melalui program “Enhanced Oil Recovery”, membangunkan medan-medan kecil (marginal) melalui pendekatan-pendekatan yang inovatif, dan mempertingkatkan peluang-peluang penjelajahan.
Berkongsi Kekayaan Negara dengan Masyarakat Luar Bandar
Sebanyak 25 EPP dengan anggaran GNI sebanyak RM66 bilion pada tahun 2020 dijangka akan mewujudkan 323,596 peluang pekerjaan untuk masyarakat luar bandar, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar dan mengurangkan gejala urbanisasi.
“ETP juga akan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam usaha Negara mencapai status berpendapatan tinggi. Tiga puluh satu peratus daripada penduduk Malaysia atau 8.7 juta orang masih berada di kawasan luar bandar. Dari jumlah ini, 2.5 juta atau hamper 22 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk luar bandar Malaysia adalah dari negeri Sarawak. Projek-projek Permulaan Minyak Sawit, Pertanian, Pemborongan & Peruncitan, Pelancongan dan Kandungan Komunikasi & Infrastruktur dan memimpin inisiatif-inisiatif ETP untuk memastikan yang kekayaan dan kesejahteraan Negara dapat dikongsi bersama dengan masyarakat luar bandar Sarawak,” kata Ketua Menteri..
Sebagai contoh, minyak sawit akan terus menjadi sektor ekonomi utama bagi Sarawak dan pemacu inisiatif-inisiatif seperti mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit, meningkatkan hasil tandan buah segar, meningkatkan produktiviti pekerja melalui mekanisasi penuaian serta meningkatkan kadar perahan minyak juga akan peningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar Sarawak.
“ETP juga bermatlamat untuk mentransformasikan bidang pertanian kepada “agribisnis”, menuju kearah model yang berdasarkan fokus pasaran, skala ekonomi dan integrasi rantai nilai (value chain). Sarawak merupakan salah satu negeri yang telah dikenalpasti untuk mereplikasikan Model Akuakultur Bersepadu atau “Integrated Aquaculture Model” (IZAQs) untuk memasuki pasaran udang-udang berkualiti. Pasaran untuk makanan laut yang dapat dikesan ke sumber asal (traceable seafood) dan diiktiraf penuh telah meningkat dari 20,000 tan metrik ke 600,000 tan metrik pada lima tahun yang lampau. Ini adalah satu petunjuk potensi yang cukup memberangsangkan dari Sarawak harus merampas peluang ini.” kata Ketua Menteri.
Malaysia Akan Mempunyai Ciri-ciri Ekonomi Berpendapatan Tinggi
“Menjelang 2020, Malaysia bukan sahaja mempunyai GNI per kapita tetapi juga ciri-ciri utama sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, sekaligus meminda struktur ekonomi Negara. Perkhidmatan akan mengambil satu bahagian ekonomi yang lebih besar, iaitu 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020, meningkat dari 58 peratus pada tahun 2010, sementara penggunaan domestik akan menjadi pemacu pertumbuhan utama, naik dari 54 peratus kepada 59 peratus KDNK di antara 2010 dan 2020,” kata Senator YB Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana menteri dan ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan).
Ekonomi Malaysia akan menjadi lebih seimbang dan mapan dalam tempoh yang lebih panjang. Khususnya, KDNK yang disumbang oleh industri minyak dan gas yang jatuh daripada 21 peratus pada tahun 2008 kepada 14 peratus pada tahun 2020. Walaupun industry minyak dan gas terus menjadi sektor ekonomi yang paling besar pada tahun 2020, sumbangan industri ini akan jatuh kerana pembangunan yang hebat dalam sektor-sektor lain terutamanya perkhidmatan kewangan, minyak sawit serta pemborongan dan peruncitan.
ETP diramalkan akan mewujudkan 3.3.juta pekerjaan tokokan, di mana 63 peratus akan berada di segmen pendapatan sederhana dan tinggi berbanding dengan 43 peratus pada masa ini. Secara keseluruhan, ETP akan menjana pertumbuhan besar dalam pasaran pekerjaan, peralihan kearah pekerjaan berpendapatan lebih tinggi dan pengukuhan kemahiran asas. Kombinasi pekerjaan baru yang dicipta oleh NKEA dan pertumbuhan upah benar akan mengeluarkan lebih kurang 600 juta pekerja dari lingkungan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, peningkatan 64 peratus dan 400 peratus dalam pekerjaan pendapatan sederhana dan tinggi masing-masing diharap dapat menarik minat 150,000 rakyat berkemahiran tinggi Malaysia yang bekerja di luar Negara serta para profesional asing.
Pendahuluan Pelaburan Swasta dan Domestik
Pembiayaan berjumlah RM1.4 trilion (US$444 bilion) diperlukan untuk tempoh transformasi ekonomi. Sejajar dengan strategi untuk menjadikan sektor swasta pemacu utama pertumbuhan ekonomi, 92 peratus dana NKEA merupakan pelaburan swasta dan selebihnya pembiayaan awam. Ini merupakan peningkatan yang ketara daripada 37 peratus pelaburan swasta pada tahun 2008, sejajar dengan sasaran pertumbuhan pelaburan swasta setiap tahun sebanyak 12.8 peratus, yang tertera dalam RMK10.
Pelaburan swasta akan mengurangkan pembiayaan kerajaan yang dibatasi oleh keperluan untuk memperbaiki kedudukan fizikal Negara, dan menempatkan pelaburan kepada disiplin pasaran. Dana kerajaan akan disassarkan kepada inisiatif yang akan memaksimakan kesan GNI untuk setiap ringgit wang awam yang dibelanjakan, dengan penekanan lebih berat pada perbelanjaan pembangunan berbanding perbelanjaan operasi.
Tambahan pula, pelaburan langsung tempatan akan membentuk 73 peratus jumlah pelaburan swasta dengan 27 peratus selebihnya dari pelaburan langsung asing. Pelaburan langsung tempatan dijangka akan dibiayai oleh kelebihan 12 peratus di antara tabungan dan pelaburan sebagai sebahagian daripada KDNK.
Hala Tuju Ekonomi, Diwujudkan Bersama dengan Sektor Swasta
“Malaysia tidak boleh membuang masa lagi. Kita memerlukan satu transformasi ekonomi yang lengkap dan radikal. Masa untuk bergantung kepada jentera pertumbuhan tradisional sudah berakhir. Jika kita meneruskan model ekonomi sekarang, kita mengalami risiko untuk tersangkut dalam perangkap pendapatan sederhana dan terus kehilangan bakat yang diperlukan untuk menyokong ekonomi berpendapatan tinggi,’ kata Idris.
“Pada asasnya, ETP ialah hala tuju ekonomi bagi Malaysia, yang diwujudkan oleh sektor swasta dan kerajaan. Ia menanda satu penyimpangan asas dalam pendekatan kearah perancangan ekonomi demi mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Ia juga mementingkan aksi dan bertumpu kepada prestasi, dengan perkara-perkara boleh dicapai yang lengkap lagi khusus untuk mengembangkan setiap NKEA. Ini merupakan cara untuk maju ke hadapan.” tambah Idris.