- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Akademi Percukaian Malaysia, Kuching

Must read

Selaras Perkembangan Institusi Latihan Percukaian Serantau




Bangunan Akademi Percukaian Malaysia (APM), Kuching yang terletak di Jalan Tabuan menandakan satu lagi mercu tanda di negeri Sarawak, menjadi satu-satunya institusi latihan percukaian yang pertama di sebelah timur negara ini, selepas APM Bangi.

Akademi tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Ybhg, Dato’ Dr Mohd Shukor Bin Haji Mahfar pada 12 Januari 2012 dilihat sebagai permulaan ke arah memperkukuhkan serta mempertingkatkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran cukai, selaras dengan standard-standard yang diamalkan di kalangan pentadbir-pentadbir cukai antarabangsa, khususnya di kalangan negara maju.

APM Kuching akan menyediakan prasarana yang lengkap, dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran untuk melahirkan para pegawai yang berpengetahuan, berkemahiran, berkualiti tinggi, kompeten serta memiliki asas-asas percukaian yang kukuh.

Pada masa yang sama, penubuhan APM Kuching ini juga serentak dengan usaha untuk melaraskan semula lokasi kedudukan Pusat Latihan Siasatan (PLAS) daripada APM Bangi ke APM Kuching. Melalui pelarasan lokasi ini, pemfokusan terhadap pelaksanaan kursus-kursus berkaitan dengan siasatan.

Ia pastinya dapat memberikan keselesaan bukan sahaja kepada tenaga pengajar malah kepada pegawai yang hadir untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan serta menampung keperluan peserta yang sentiasa meningkat.

Projek pembinaan APM yang bernilai RM140 juta ini telah disiapkan lebih kurang dua (2) tahun selepas  dimulakan iaitu 1 Mac 2011 manakala majlis penyerahan projek daripada pihak kontraktor kepada LHDNM pada 6 April 2011. Operasi APM Kuching selepas itu, telah dimulakan secara berperingkat mulai 15 April 2011 yang lepas.

APM Kuching ini dibina di atas tanah seluas 4.4 ekar dengan mempunyai 124 bilik asrama, 11 bilik kuliah, blok pentadbiran, dewan serbaguna, auditorium, kuarters serta kemudahan-kemudahan lain seperti gelanggang permainan, surau  dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article