- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SIMU, Perintis Program Coaching JKM

Must read

Program Coaching Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) adalah satu program yang julung kali diadakan di Jabatan Ketua Menteri dan SIMU bolehlah dianggap sebagai perintis kepada program seumpama ini.

Ia telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani pada 1 Ogos 2011 di pejabat SIMU di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching.

Objektif program ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pemahaman dalam tunjuk ajar bagi membolehkan khidmat kesemua kakitangan SIMU dapat digunapakai di masa akan datang bagi mengawalselia, memberi sokongan atau membantu dalam pembangunan kerjaya kakitangan yang lain demi peningkatan mutu prestasi masing-masing dan organisasi.

Beberapa orang pegawai yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas telah dilantik menjadi coach atau jurulatih bagi menjayakan program ini.

Mereka yang dilantik dibekalkan dengan sebuah garis panduan yang telah disediakan oleh Pengarah SIMU sendiri iaitu Dr. Razali Abon tentang apa yang perlu diajar nanti.

Garis panduan tersebut menerangkan matlamat dan kaedah pelaksanaan atau penilaian program seperti berikut;

Matlamat Coaching:

• Mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan untuk pekerja bertukar idea dan pandangan dalam suasana pembelajaran.
• Melatih pekerja menguasai sesuatu kemahiran dalam bidang pekerjaan.
• Untuk membantu para pekerja merapatkan jurang antara tahap prestasi semasa mereka dan akan datang.

Kaedah Pelaksanaan / Penilaian Program:

Untuk melaksanakan program ini, beberapa kaedah diperkenalkan bagi membuat penilaian. Antaranya ialah;

i. Log Book

Buku log digunakan sebagai kaedah sistematik yang lazim di mana setiap perkara yang berlaku dan apa yang diperhatikan akan direkodkan. Setiap aktiviti yang dikendalikan di bawah program mesti direkodkan oleh protégé dan coach untuk memudahkan mereka membuat penilaian dan mengenalpasti faedah yang bakal diperolehi.

ii. Feedback Conference

Kaedah “Feedback Conference” ialah di mana mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan yang timbul di kalangan ahli semasa program coaching dijalankan.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah, akan lahir seorang pekerja yang berakauntabiliti, bertanggungjawab dan bermotivasi untuk meningkatkan prestasi kerja semasa.

Ia juga mampu melahirkan pekerja yang berorientasikan nilai-nilai korporat organisasi, teras strategik di samping memahami dengan jelas ekspektasi coach dan penyelia demi keutamaan dan pencapaian prestasi mereka.

Kejayaan program ini bukan hanya bergantung kepada tenaga jurulatih, penyelia dan protégé sahaja malah ia juga memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada pengurusan peringkat tertinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga memerlukan pemahaman tinggi dalam proses pembelajaran di antara tenaga pengajar dan yang diajar serta memahami halatuju dan matlamat yang jelas tentang program tersebut. Jalinan kerjasama yang produktif antara semua yang terlibat juga memainkan peranan penting agar program ini mencapai objektifnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article