- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Ketua Menteri dilantik Agensi Peneraju

Must read

Proses Permohonan Khidmat Polis Bantuan

Jabatan Ketua Menteri (JKM) melalui Unit Keselamatan Negeri (UKN) telah diberi kepercayaan untuk menjadi sebagai “lead agency” untuk memproses semua permohonan mendapatkan Polis Bantuan daripada semua jabatan, pihak swasta dan syarikat berkaitan dengan kerajaan di negeri ini yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat Polis Bantuan di organisasi masing-masing

Demikian diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani ketika Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Rasmi daripada Ketua Polis Negara Berhubung dengan penambahan perjawatan Polis Bantuan bagi Jabatan Ketua Menteri pada 12 Julai 2012.

Berkuatkuasa dari sekarang, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri semua permohonan mendapatkan Polis Bantuan hendaklah disalurkan kepada JKM melalui UKN untuk diteliti terlebih dahulu bagi memastikannya benar-benar layak dan memenuhi syarat sebelum dilanjutkan kepada pihak Polis.

Berkaitan dengan penambahan perjawatan Polis Bantuan bagi Jabatan Ketua Menteri, menurut beliau ia merupakan satu pengumuman gembira terutama kepada jabatan ini yang bertanggungjawab di atas urusan keselamatan dan aset bangunan kerajaan negeri.

Menurut beliau, ia akan memudahkan lagi unit ini mengendalikan urusan keselamatan di ketiga- tiga bangunan di bawah seliaan JKM iaitu Bangunan Wisma Bapa Malaysia, Bangunan Komplek Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dan Komplek Dewan Undangan Negeri Sarawak Lama.

Untuk rekod, dengan pertambahan kekuatan tersebut, kini terdapat seramai 68 polis bantuan di JKM dan khidmat Polis Bantuan yang turut boleh digunakan bagi tujuan mengekalkan keamanan dan ketenteraman di pejabat-pejabat.

Ia turut memberikan kuasa anggota kita yang belum lagi mendapat kad kuasa pada masa ini untuk memakai uniform Polis Bantuan dan boleh menggunakan kuasa polis untuk menjalankan tugas harian mereka dengan lebih bersemangat.

Harapan beliau, agar polis bantuan akan melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti, tekun, rajin serta mempamerkan mutu disiplin yang tinggi dan berdedikasi, lebih-lebih lagi Jabatan Ketua Menteri yang telah pun bertaraf lima bintang.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia, Yang Dihormati, Datuk Mortadza B.Nazarene, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat), YBhg Datu Ose Murang, Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Yang Dihormati Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Unit Keselamatan Negeri, YBhg Datu Dr Haji Yusof Bin Nook.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article