- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Rumah Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Datuk Haji Md Yahya bin Basimin menyampaikan sumbangan kepada 25 orang anak-anak yatim daripada Rumah Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching serta 33 orang pelajar dari Madrasah Al-Khairat, Kampung Pinang Jawa, Kuching pada Majlis Berbuka Puasa Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Sarawak bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak di Hotel Pullman, Kuching pada 30 Julai 2012.

Sumbangan ikhlas pada malam tersebut berupa beras tajaan Padi Beras Nasional (BERNAS), produk-produk makanan tempatan sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak, produk COOP 1Malaysia sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, alatulis sumbangan Percetakan Nasional Berhad serta duit Hari Raya sumbangan Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Negeri Sarawak dan dermawan-dermawan persendirian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article