Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak YB Datuk Amar Abang Hj. Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Hj. Openg mewakili Ketua Menteri Sarawak menyempurnakan simbolik pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Sarawak 2012 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Kuching pada 8 Oktober 2012.
Turut kelihatan ialah (dari kiri) Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr. Amran bin Joned, Pengarah Biro Pendidikan Pusat Islam Sarawak (IIC) Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia) merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penyelenggara BBK Peringkat Negeri YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) YBhg Datuk Haji Talib Zulpilip dan Ketua Pengarah DBP YBhg Dr. Awang Sariyan.