- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Agenda DBKU 2013 Pembuka Tirai Tahun 2013

Must read

Majlis Agenda DBKU 2013 merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2013 yang akan dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai pembuka tirai tahun 2013. Majlis ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 11 Januari 2013 sehingga 13 Januari 2013 (Jumaat–Ahad) bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama, Jalan Astana, Kuching. Majlis yang berkonsepkan “Majlis Bersama Rakyat” merupakan ruang atau platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara 3Ps (Public, Private and People – Kerajaan, Swasta dan Komuniti).

Pelbagai acara atau aktiviti yang akan berlangsung sepanjang 3 hari majlis tersebut diadakan. Antaranya adalah:

1.    Majlis Pelancaran Kuching Clean, Beautiful and Safe (CBS) Enhancement Plan (2013–2017) dan CBS DBKU oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 12 Januari 2013 (Sabtu), jam 10.30 pagi, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak Lama.

CBS Enhancement Plan merupakan perancangan DBKU untuk tempoh 5 tahun (2013–2017) yang memfokuskan kepada elemen utama iaitu – Clean (Bersih), Beautiful (Cantik) and Safe (Selamat) dalam matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat seiring perkembangan semasa. Dalam pada itu, CBS Enhancement Plan ini juga memfokus kepada penglibatan wargakota dalam matlamat untuk mewujudkan sebuah bandar raya yang mempunyai roh(soul). Pembangunan fizikal sesebuah Bandar raya mempunyai roh hendaklah bandar raya yang bukan sahaja mampan.sejahtera tetapi sebuah bandar raya yang selesa untuk didiami dan dinamik(vibrant).

2.    Taklimat Agenda DBKU 2013 yang akan disampaikan oleh YBhg. Datuk haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara pada 12 Januari 2013 (Sabtu), jam 2.30  petang, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak Lama. Taklimat ini merupakan sesi perkongsian tentang agenda-agenda yang akan diadakan oleh DBKU untuk tahun 2013.

3.    Ekspo pameran yang akan diadakan selama 3 hari berturut-turut di hadapan Dewan daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri, Swasta, NGO dan juga Komuniti Kejiranan Mesra(KJM).

4.    Sukan seperti Futsal, dart, tarik tali dan pelbagai aktiviti sukan rakyat akan diadakan pada 12 dan 13 Januari 2013 sahaja. Penyertaan sukan ini terbuka kepada semua orang terutamanya komuniti Kejiranan  Mesra (KJM) yang terdiri daripada 21 buah kejiranan.

5.    Pentas Hiburan Majlis Agenda DBKU 2013 akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Battle of the Band, Pertunjukan Bina Badan, Persembahan Tarian Tradisional, Bergendang, Persembahan Quintet Plus DBKU, Persembahan Band DBKU dan Orkestra sepanjang majlis ini berlangsung. Apa yang lebih istimewanya, pada malam 12 Januari 2013(Sabtu), Konsert Agenda DBKU 2013 akan diadakan sebagai kemuncak hiburan di mana menampilkan persembahan Azlan & The Typewriter. Persembahan Autoshow/Big Bikers.

6.    Dalam pada masa Majlis Agenda DBKU 2013 juga menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk E-Peraduan (Cabutan Bertuah). Hadiah utama adalah  sebuah Motosikal dan juga barangan elektrik seperti Televisyen 40”, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Kipas Angin, Oven dan pelbagai lagi.

E-Peraduan ini akan diadakan selama 3 hari berturut yang mana cabutan akan diadakan pada jam 6 petang dan 9 malam pada 11 Januari, pada 12 Januari cabutan akan diadakan pada jam 12 tengahari, 3 petang dan 9 malam dan cabutan pada 13 Januari akan diadakan pada 12 tengahari dan 3 petang.

7.    Aktiviti-aktiviti sampingan seperti Flea Market (Anjuran Kelab Allamanda DBKU), Gerai-gerai jualan, Playhouse, MotionChair 5D Theatres, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis dan Pertandingan Jigsaw Puzzle, demonstrasi masakan dan persembahan Autoshow dan big bikers turut diadakan sepanjang 3 hari majlis ini berlangsung.

Semua wargakota kuching dialu-alukan berkunjung ke Majlis Agenda DBKU 2013 bermula pada 11 Januari 2013 sehingga 13 Januari 2013, di Dewan Undangan Negeri Lama, Jalan Astana nanti!

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-446688 (Sambungan 317/318).

Mari kita berkampung di Majlis Agenda DBKU 2013!!!

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article