Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud diiringi Datuk Bandar Kuching Utara YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Abang Haji Julai melancarkan Kuching Clean, Beautiful and Safe (CBS) Enhancement Plan (2013-2017) ketika Majlis Perasmian Agenda DBKU 2013 bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching pada 12 Januari 2013.
Pelan CBS merupakan pelan lima tahun DBKU yang memfokuskan kepada tiga elemen utama iaitu Clean (Bersih), Beautiful (Cantik) dan Safe (Selamat) sebagai matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat seiring perkembangan semasa di samping memberi fokus kepada penglibatan warga kota dengan hasrat mewujudkan Kuching sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai roh (soul).