- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Fahami keperluan komuniti perniagaan dan pelabur agar “One-stop Service Centre” dapat diwujudkan

Must read

Organisasi kerajaan harus memahami akan keperluan perkhidmatan dalam sektor perniagaan dan pelaburan dari luar dan dalam bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan pelaburan bertaraf dunia.

Oleh itu, pusat perkhidmatan sehenti (one-stop service centre) untuk para pelabur dan komuniti perniagaan yang meluas adalah satu elemen penting dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang mudah atau “ease-of-doing-business environment”.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani dalam ucapan beliau ketika merasmikan Seminar Kesedaran “One Stop Service Centre” anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 19 Februari 2013 di Kuching.

Kecemerlangan yang hendak dicapai dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui pusat perkhidmatan sehenti juga merupakan satu instrumen penting dalam program transformasi kerajaan ke arah mencapai Wawasan 2020.

Seminar tersebut juga menurut beliau bakal memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada penjawat awam untuk belajar daripada pakar antarabangsa tentang cabaran dan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di seluruh dunia dalam melaksanakan pusat perkhidmatan sehenti.

Tambah YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi, jika kita mahu mencapai tahap negara maju serta kompetitif dalam persaingan peringkat global, kita harus mengambil sepenuhnya segala peluangdaripada amalan-amalan terbaik dari mana sahaja yang kitaperolehi.

Sektor awam, pada masa yang sama menurut beliau perlu menjangkaui bidangkuasa mereka melalui kolaborasi antara agensi bagi menyesuaikan diri dengan kepantasan perubahan lanskap masyarakat dan yang paling penting ialah untuk meningkatkan keupayaan dalam menyampaikan perkhidmatan dengan cepat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article