- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Ketua Menteri Menerajui Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Must read

Jabatan Ketua Menteri (JKM), sebagai sebuah jabatan yang besar, diyakini mampu menjadi peneraju dan pemacu transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada masa hadapan.

Ia diperkukuhkan oleh beberapa faktor, antara lain peranan dominan yang dimainkan JKM turut mencakupi perancangan dan pelaksanaan urusan pentadbiran; dengan lebih banyak pentadbiran perlu dilaksanakan serta diperkemaskan.

Di samping itu, perkhidmatan awam berperanan untuk melaksanakan setiap dasar dan urusan kerajaan dengan pantas, tepat dan berkesan.

Perkara ini diperincikan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani ketika Perhimpunan 1JKM kali kedua, pada 6 Julai 2011.
Menurut beliau, transformasi perkhidmatan awam dalam JKM khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya harus dilaksanakan demi keperluan perkhidmatan awam untuk mengadaptasikan perubahan, disamping merasai denyut nadi rakyat, bersesuaian peranan tersebut.

Perubahan, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, berlaku disebabkan persekitaran dan masyarakat berubah yang akhirnya menyebabkan keperluan rakyat turut berubah mendadak.

Cabaran kini terletak kepada perkhidmatan awam untuk bertindak responsive terhadap setiap ekspektasi rakyat serta menilai penerimaan rakyat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan projek pembangunan utama, contohnya seperti pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Bagi tujuan tersebut, perkhidmatan awam perlu bergerak ke hadapan, bersistematik dalam setiap tindakan, dan berkeupayaan menilai kehendak pelanggan ataupun “stakeholders”.

Ini juga sebahagian daripada ikrar penjawat awam; yang sebaik sahaja memilih untuk berkhidmat kepada rakyat hendaklah berkhidmat secara jujur, ikhlas dan ramah dengan melihat perspektif lebih luas untuk negeri dan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menekankan bahawa perkhidmatan awam negeri kini sedang giat melaksanakan transformasi secara holistic dengan mengubah budaya melaksanakan tugas di samping menerapkan nilai-nilai bersama yang telah ditetapkan.

Transformasi perkhidmatan awam negeri secara keseluruhannya amat memerlukan komitmen seluruh perkhidmatan awam negeri terutama sekali semua ketuaketua jabatan yang telah pun berpegang kepada falsafah dan visi yang sama.

Apabila diteliti skop JKM, Setiausaha Kerajaan Negeri menjelaskan bahawa jabatan tersebut perlu menjadi peneraju dalam perkhidmatan awam negeri dalam lingkungan pentadbirannya yang kini, kerana ia melambangkan kesatuan dan kesepakatan dalam JKM yang kini telah pun mencecah 743 warga perkhidmatan awam.

Jelas beliau, itu bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi perubahan telah pun berlaku dengan penambahbaikan inovasi dan kreativiti diperhebatkan dari semasa ke semasa, antaranya Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK); Key Focus Area (KFA); penarafan lima bintang; dan sebagainya bermatlamat ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia.

Beliau menasihatkan setiap penjawat awam secara keseluruhan, dan warga JKM khususnya, tentang kepentingan menyemai dan memupuk semangat sentiasa memberikan yang terbaik, lebih-lebih lagi kerana rakyat akan turut menilai prestasi mereka.

Perhimpunan kali kedua JKM, yang dianjurkan Unit Pemantauan dan Perlaksanaan Negeri (SIMU), adalah antara inisiatif JKM memberikan kesempatan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk menyampaikan amanat, di samping memberi peluang menilai semula pencapaian warga JKM.

Perhimpunan 1JKM pertama telah diadakan pada 6 Januari 2011.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article