- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Sarawak Tourism Information Update

Must read

Menteri Pelancongan Sarawak YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (tengah) dan Menteri Muda Pelancongan Sarawak YB Datuk Haji Talip Zulpilip (dua dari kiri) melancarkan Kalendar Acara Pelancongan Sarawak (Januari-Jun 2013) pada sidang media berhubung ‘Sarawak Tourism Information Update’ setelah selesai sesi dialog anjuran Kementerian Pelancongan Sarawak dengan pelbagai syarikat dan agensi pelancongan di hotel Riverside Majestic, Kuching pada 26 Februari 2013.

Turut kelihatan ialah (dari kiri) Datuk Bandar Kuching Utara YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak YBhg Dato’ Rashid Khan dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Sarawak Esther Douglas Udam.

Terdahulu, sesi dialog tersebut yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bertujuan untuk menggariskan hala tuju pembangunan sektor pelancongan negeri Sarawak menjelang tahun 2015 selaras dengan pelaksanaan ‘ASEAN Open Sky Market’.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article