- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

03-8000 8000 Untuk Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), Agensi Kerajaan

Must read

1Malaysia One Call Centre (1MOCC) adalah pusat panggilan setempat (single point of contract) untuk memudahcara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan serta menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui penggunaan satu nombor tunggal iaitu 03-8000 8000. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam, 7 hari seminggu (round the clock).

1MOCC adalah salah satu inisiatif untuk mendekatkan Kerajaan dengan rakyat melalui saluran komunikasi yang menggunakan 1 nombor tunggal untuk semua urusan.

Inisiatif ini bukan sahaja untuk memudahkan komunikasi antara agensi Kerajaan dan rakyat, malah ia turut memberi manfaat kepada pelancong, pelabur serta penjawat awam.
Fokus utamanya diwujudkan untuk menyelesaikan masalah kesukaran rakyat untuk mendapatkan maklumat daripada agensi Kerajaan dari segi agensi yang patut dihubungi, nombor agensi yang betul serta caj panggilan yang tinggi.

Ia julung kalinya dilancarkan di Putrajaya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 12 November 2012. Perkhidmatan yang tiada tandingan seumpama dengannya ini akan diperluaskan ke semua agensi Kerajaan.

Pelaksanaan Fasa 1 1MOCC dijayakan melalui kerjasama pintar Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama 21 agensi Kerajaan yang dikenalpasti sebagai perintis dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan.

Pelaksanaan  Fasa 2 pula bermula pada 1 Januari 2013 dan akan diperluas ke semua Kementerian dan agensi Kerajaan. 1MOCC akan diperkukuhkan lagi dengan mempelbagaikan saluran informasi melalui integrasi antara Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), pangkalan pengetahuan dan juga portal rasmi agensi Kerajaan.

Melalui integrasi ini perkhidmatan akan dipermudahkan lagi dengan pengaplikasian 1MOCC ke dalam aplikasi telefon pintar dan juga di portal 1MOCC sekaligus memudahkan rakyat berhubung melalui gajet pilihan mereka sendiri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article