- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Pelancaran Jelajah Q Visit 2013

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani melancarkan Jelajah Q-Visit anjuran Unit Pemodenan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ) Jabatan Ketua Menteri di Menara Pelita, Kuching pada 6 Mac 2013.

Mengiringi beliau ialah (dari kiri), Pengarah UPPQ Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Puan Laura Lee Ngien Hion, kedua-dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha serta YBhg Datu Ose Murang, Peguam Besar Negeri Yang Arif Datu Haji Abdul Razak Tready dan Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md. Yahaya bin Basimin.

Program Q-Visit adalah susulan daripada tindakan inovasi dan kreativiti di bawah SCS 10-20 yang memberi tumpuan kepada pengamalan budaya kualiti dan keupayaan inovasi dan kreativiti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS). Ia juga merupakan satu mekanisma untuk menyemarakkan semangat berinovasi dan berkreativiti dalam memastikan budaya kualiti berterusan di semua peringkat dalam PANS.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article