Pengarah RISDA Sarawak YBhg Tuan Hj. Wahid Marican bin Mohamad Daud Marican menyampaikan cenderahati kepada Pemangku Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak En. Abdul Halim bin Abang Naili (tengah) yang mewakili Setiausaha Persekutuan Sarawak setelah merasmikan Seminar Integriti RISDA pada 24 April 2013. Turut Kelihatan ialah Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak En. Yap Chung Hong.
Seramai 128 orang kakitangan serta pegawai dan pegawai kanan RISDA dari seluruh Sarawak menghadiri seminar sehari tersebut dengan objektif memberi pendedahan dan kesedaran mengenai amalan integriti dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih telus.