Menteri Muda Kemudahan Awam dan Menteri Muda Pembangunan Belia, YB Datuk Stephen Rundi Utom (tiga dari kanan) mempengerusikan Sidang Media sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sarawak 2013 semalam di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, Kuching. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial En. Affandi bin Keli.
Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 25 hingga 26 Mei 2013, bertempat di Taman Pertemuan Le’ Park berhampiran tempat letak kereta Dewan Suarah Kuching.