Rombongan High Performance Team (HPT) 2013 yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani merakamkan gambar sebagai tanda kenangan di hadapan Loji Tokuyama, Samalaju, Bintulu, yang juga antara lokasi tapak yang dilawati bagi meninjau kepesatan pembangunan kawasan perindustrian Samalaju.
Selain itu, rombongan turut mendengar taklimat daripada wakil Press Metal dan Pelabuhan Samalaju dan meninjau tapak di dua kawasan berkenaan.