- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Hari Memperingati Sarawak Merdeka

Must read

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan Sidang Media acara Memperingati Hari Sarawak Merdeka sempena Sambutan Jubli Emas di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kucing pada 19 Julai 2013. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani serta kedua-dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Ose Murang dan YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

Tarikh 22 Julai 1963 adalah catatan penting dalam sejarah Sarawak apabila Gabenor British, Sir Alexander Waddel meyempurnakan upacara penyerahan pentadbiran kepada negeri ini sekaligus menandakan berakhirnya penjajahan British.

Sempena memperingati peristiwa bersejarah tersebut, suatu acara perayaan akan diadakan di Tebingan Kuching pada 22 Julai ini yang akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak TYT Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin. Beliau juga akan merasmikan Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun dengan tema ‘Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati’ bertempat di Bangunan Mahkamah Lama, Kuching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article